Skip to main content

PROGRAM CELIK AL QURAN

LAPORAN : PROGRAM CELIK AL QURAN JANUARI 2018

Objektif:
a) Membantu murid-murid mengenal Al Quran dari peringkat paling asas
b) Mendidik mrid-murid di awal pagi kehidupan melihat ayat-ayat Allah
c) Mengurangkan kadar keciciran Al Quran di kalangan remaja.
d) Mengurangkan risiko murid dari terjebak dengan najis dadah.
Maklumat Pelaksanaan :
Aktiviti : Celik Al Quran
Tarikh :   Setiap pagi bermula pukul 7.00 -7.30 pagi                                                                                   
Tempat : Taman Herba
Sasaran : Murid-murid terpilih dari T3, T4 & T5
Perbelanjaan : Tiada
Laporan Aktiviti
Seramai tiga orang guru yang terlibat membantu murid yang buta Al Quran ini. Bilanagan murid seramai 20 orang lelaki dan perempuan dari tingkatan 3, 4 dan 5. Mereka diasuh dari buku Qiraati 1 sehingga mampu membaca AL Quran dengan baik.
Kekuatan:
1.     Tempat yang selesa, guru yang Istiqamah serta sokongan dari semua pihak
Kelemahan:
1.Ramai murid yang selalu lewat sampai dan tidak sempat membaca dalam jangka masa yang ditetapkan
Penambahbaikan:

1.Memasang lampu yang sesuai agar tempat berkenaan lebih selesa dalam suasana pagi yang masih gelap





Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...