Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Program Pecutan Awal SPM 2015

Program pecutan awal cemerlang SPM 2015 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 25 Mac 2015 bertempat di auditorium Kolej Universiti New Era. Objektif program ini ialah untuk menjana motivasi murid melalui persediaan awal bagi menyemai minda murid cemerlang Penceramah program adalah pakar motivasi En Hilter Yew dari Biogenic Aura Crest Academy (BACA). Menurut kajian beliau ,berdasarkan statistik ramai murid sekolah mempunyai resisten ulangkaji awal dengan berbagai alasan,mereka fikir masa masih ada dan boleh tangguhkan ulangkaji. Faktor ini mengakibatkan murid leka dengan aktiviti yang mereka suka seperti sukan, persatuan, FB, mainan komputer dan sebagainya. Oleh itu, program ini dilaksanakan agar murid mampu mengimbangi keperluan bagi mencapai kecemerlangan akademik dengan lebih bersistem dan berkesan. Program ini telah mendapat sambutan yg baik dalam kalangan murid tingkatan 5 di mana peratusan kehadiran pelajar mencapai sebanyak 83%. Unit bimbingan dan kaunse

PERTANDINGAN MENULIS ESEI ASEAN

Untuk makluman semua pelajar, sekolah kita sedang menganjurkan pertandingan menulis esei dalam Bahasa Melayu dan Inggeris bertajuk "ASEAN" SYARAT-SYARAT: 1.  PENYERTAAN TERBUKA KEPADA SEMUA MURID  TINGKATAN 4      DAN 5 2.  KARANGAN / ESSAY MESTI DITULIS DALAM  BAHASA MELAYU      ATAU BAHASA INGGERIS ATAS KERTAS TULIS  /TEST PAD 3.  PANJANG KARANGAN / ESSAY  TIDAK KURANG DARI 500 PATAH      PERKATAAN 4.  SEMUA KARANGAN / ESSAY  HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA     GURU BM / BI  / PN KOH KIM CHOO (Penyelaras Pertandingan) ·   Semua peserta akan mendapat Sijil Penyertaan dan diberi markah kokurikulum TARIKH TUTUP  :  3 APRIL 2015 “JALINAN, JARINGAN & KOMUNITI ASEAN”

TEMPAT KE-3 KEJOHANAN CATUR MSSDHL 2015

Pada 24-25 Mac yang lalu, kita telah menghantar murid-murid di bawah untuk Kejohanan Catur MSSDHL 2015 di SK Bandar Seri Putra. B 15 TAHUN (L) 1. LIM YI  QI, TING. 3A 2. ONG JIA CHONG, T. 3A 3. RAAHESH A/L TAMIL VELAN, T.2A 4. CALVIN RAJ A/L DAVID NESARAJA. T. 1A B 15 TAHUN (P) 1.PRISCILLA VINCE A/P VINCENT, T.2A 2. PRISHANTINI A/P RAMASAMY . T.2A B 18 TAHUN (L) 1. MOHANESWARAN  A/L  ANANTHA N. , T.5 SN1 2. MAVINASH JAYPRAKASH MODI, T. 5 SN 1 3.CHEW JEE KIAN, T. 5 SN 1 4. LEONG XIAN JUN, T. 4 SN 1 B 18 TAHUN (P) 1. AMANDA YUEN SOOK PIN, T. 5 SN 1 2. PREEYANGKA A/P  R.RAMANI, T. 5 SN 1 Hasilnya, Leong Xian Jun telah membawa pulang pingat gangsa bagi kategori bawah 18 tahun. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMKJB.

Majlis Tadarus AlQuran Peringkat Zon Tengah Daerah Hulu Langat 2015

MTQ telah dijalankan dengan jayanya di SMK Jalan Bukit pada 7 Mac yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR Tuan Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman. Majlis yang dijalankan melibatkan pertandingan hafazan, tilawah, syarahan, nasyid, marhaban dan berzanji. Diharapkan dwngan adanya Majlis seperti ini akan dapat memupuk jati diri yang cemerlang di kalangan murid-murid

Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2015

Pada 12 Mac yang lalu Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat Zon Kajang telah diadakan di SMK Saujana Impian. Lima buah sekolah terlibat dalam pertandingan tersebut, iaitu SMK Saujana Impian, SMK(C) Yu Hua, SMK Jalan Bukit, SMK Convent dan SMK Sultan Abdul Aziz Shah.  Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Pn. Zaiton bt Ismail, Pengetua SMK Saujana Impian. Sekolah kita telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan manakala Naib Johan pula ialah SMK Sultan Abdul Aziz Shah. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah bertungkus lumus merealisasikan impian kita untuk menjadi juara.

Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2015

Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2015 Piala Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad peringkat Zon Kajang telah diadakan di SMKJB pada 10 Mac 2015. Pertandingan ini melibatkan 6 buah sekolah dari Zon Kajang. Objektif pertandingan adalah untuk 1) meningkatkan kemahiran murid berbahasa  Inggeris dalam kehidupan seharian 2) memupuk sifat berani murid untuk memberi pendapat secara bernas 3) membina sifat jati diri dan semangat cinta akan negara dalam diri murid 4) menggalakkan komunikasi dan hubungan mesra antara murid dari pelbagai sekolah.  Pertandingan dirasmikan oleh Pn Pengetua Pn Hjh Roslina Che Omar. Turut hadir ialah Tuan Syed Norzalman Syed Yusof Penolong PPD Bahagian KoAkademik. Johan bagi pertandingan ialah SMK Convent, naib johan SMK Saujana Impian dan tempat ketiga SMK Jalan Bukit.

Program Perkampungan Ilmu 2015

Sukacita dimaklumkan kepada semua guru dan ibu bapa, sekolah kita akan menganjurkan Program Perkampungan Ilmu seperti ketetapan di bawah. Mohon jasa baik semua pihak untuk memastikan murid-murid hadir agar program berjalan dengan jayanya. Terima kasih.

Naib Johan Kejohanan Olahraga MSSD 2015

Kita menang lagii.. memperoleh 13 pingat emas meletakkan kami sebagai Naib Johan  selepas SMK SAAS yang menjadi johan. Kejohanan yang berlansung selama 4 hari bermula 9 hingga 12 Mac di Stadium UKM telah mencungkil bakat-bakat baru dan memecahkan rekod sedia ada dengan meletakkan kami sebagai wakil Daerah Hulu Langat bagi semua kategori 4×400m bagi semua kategori. Selain itu anugerah Olahragawan L2 juga dirangkul oleh pelajar kita. Sekalung tahniah kepada semua atlit dan rakan pembimbing yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini. 

Majlis Pelancaran PKKL dan AGP 2015

Majlis pelancaran Program Kembali ke Landasan (PKKL) dan Program Rimbunan Kasih (Amalan Guru Penyayang) yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling berlangsung serentak pada 23 Februari 2015. Objektif PKKL ialah mengalakkan kehadiran murid ke sekolah serta menyemai rasa cinta kpd suasana dan persekitaran PdP di sekolah. Program lain yang dirancang bg memastikan pencapaian objektif PKKL  adalah seperti  Program Mentor Mentee dan pelbagai aktiviti sokongan telah dirancang oleh sekolah.  Majlis pelancaran PKKL sesi pagi dilancar oleh Pengetua Pn Hajah Roslina bt Che Omar   manakala sesi petang disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang Pn Hamidah bt Abd Latip dan turut dihadiri Pen. Kanan HEM, En. Theng Kock Leing. Program Rimbunan Kasih iaitu  Amalan guru penyayang (AGP) pula dimulakan tahun ini  dgn penyampaian cenderamata guru dan murid yg lahir bagi bulan Januari dan Februari. Objektif program AGP ialah untuk mewujudkan pengurusan persekitaran sekolah,guru dan kakitan

Keputusan SPM 2014

Keputusan SPM telah diumumkan pada hari ini. SMK Jalan Bukit mendapat GPS sekolah 5.28. Terdapat 7 mata pelajaran yang mencapai peratus lulus 100% berbanding 5 mata pelajaran pada tahun lepas.

Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2014

Makluman untuk ibubapa dan calon SPM 2014  SMKJB. Pada 3.3.2015 (Selasa) keputusan SPM akan diumumkan. Diperingkat SMKJB keputusan akan diberi kepada calon2 SPM 2014 pada pukul 11.00 -1.00 petang agar PdP pada sebelah pagi  berjalan dengan lancar.  Calon-calon SPM yg hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan diminta memakai pakaian yg sopan untuk masuk ke kawasan sekolah. Guru2 tingkatan akan menyerahkan keputusan di Dataran Ilmu pada masa yg telah ditetapkan. Terdapat juga IPTS dan Kolej2 yg dijemput oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk memberi info melanjutkan pelajaran mulai pukul 10.00 pagi kepada murid-murid dan bekas murid di Dataran Ilmu Moga mendapat kerjasama daripada semua  calon SPM 2014 dan ibu bapa.