Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Persiapan Pembukaan Semula Sekolah Pasca Covid 19

GOTONG ROYONG ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID SMK JALAN BUKIT, KAJANG Unit HEM, SMK Jalan Bukit, Kajang, telah mengadakan sesi gotong royong bagi memastikan prasarana sekolah dan bilik darjah berada dalam keadaan yang selamat mengikut SOP yang telah ditetapkan, sempena pembukaan sekolah pasca PKP yang akan bermula pada 24.06.2020 nanti.  Antara objektif program ini adalah sebagai mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani wabak Covid 19. Selain itu, ia juga adalah untuk menyediakan kawasan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selamat bagi semua guru dan murid SMK Jalan Bukit.  Gotong-royong UNIT HEM mendapat kerjasama guru-guru dan ajk PIBG telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 9.06.2020 dan 11.06.2020.  Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari tersebut adalah, mengecat tanda anak panah di laluan murid, menanda garis penjarakan sosial di tempat-tempat seperti di luar