Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

d' BUKIT, PSS CEMERLANG !

PSS CEMERLANG SMK JALAN BUKIT Ke Arah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH        PENGENALAN Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah pusat sumber bergantung kepada keperluan guru dan murid sebagai pengguna, kemampuan kewangan sekolah dan juga bilangan kakitangan yang terlatih dipilih untuk mengendalikan pusat sumber. Dalam merancang perkhidmatan-perkhidmatan, keutamaan hendaklah diberi terlebih dahulu kepada 4 perkhidmatan asas iaitu: a.             Perkhidmatan Perpustakaan b.             Perkhidmatan Bahan Bantu Belajar Walau bagaimanapun perkhidmatan-perkhidmatan tambahan lainnya perlu diambil kira seperti perkhidmatan sirkulasi, perkhidmatan sebaran maklumat, maklumat terkini, penghasilan media, bank soalan dan pinjaman antara pusat sumber.        PERKHIDMATAN SIRKULASI Khidmat yang terpenting yang perlu diambil perhatian ialah mengadakan      “ Sistem Peminjaman dan Pemulangan Bahan “.

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS PAK-21 KE SK JALAN 3

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS PAK-21 KE SK JALAN 3 7 Julai 2017 (Jumaat) “Terima Kasih Sekalung Budi”

MAJLIS TEMU MESRA & SAMBUTAN HARI RAYA

MAJLIS TEMU MESRA  & SAMBUTAN HARI RAYA SMK JALAN BUKIT RABU (12 JULAI 2014)

KLINIK MATEMATIK

KLINIK MATEMATIK Guru-guru Matematik sesi pagi dan sesi petang telah mengambil inisiatif untuk membimbing murid-murid di luar waktu PdPc bagi membantu murid-murid memahami dan seterusnya dapat menguasai Matematik dengan lebih baik. Klinik Matematik dijalankan pada setiap hari bagi murid-murid Tingkatan 1 - Tingkatan 5.

Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Daerah Hulu Langat

Pada 13 haribulan Julai 2017 bertempat di Dewan Ilmu SMK Jalan Bukit, pertandingan deklamasi puisi telah berlangsung melibatkan 14 buah sekolah di sekitar daerah Hulu Langat.Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Jalan Bukit, SMK Perimbun, SMK Cheras Jaya,SMK Desa Serdang,SMK Abdul Jalil,SMK Saujana Impian,SMK Dato' Razali dan lain-lain.  Keputusan pertandingan tersebut ialah : 1. Johan Kategori Syair -SMK Abdul Jalil 2. Johan Kategori Sajak -SMK Perimbun SMK Jalan Bukit selaku tuan rumah juga berjaya mendapat tempat Ketiga Kategori Syair.Syabas diucapkan kepada panitia B.Melayu kerana usaha dan keyakinan membuahkan kejayaan yang manis untuk Persatuan BM SMKJB. Tahniah!

Pertandingan Public Speaking Peringkat Daerah Hulu Langat.

Tahniah kepada saudara Lim Yi Qi kerana telah berjaya mendapat tempat kedua di dalam pertandingan public speaking peringkat Daeah Hulu Langat pada 5 Julai 2017. Tahniah diucapkan kepada Pn. Jayanthi kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar.Syabas!

Pasukan scrabble SMK Jalan Bukit Naib Johan Daerah Hulu Langat

Pasukan scrabble SMK Jalan Bukit telah berjaya menjadi naib johan daerah. Tahniah diucapkan.

Pasukan Kabbadi SMK Jalan Bukit Johan Keseluruhan Peringkat Daerah Hulu Langat

Pasukan Kabaddi L15, L18 ,P15 dan P18 telah berjaya mendapat Johan Keseluruhan Peringkat Daerah Hulu Langat. Saudara Dhaanushruban telah menjadi pemain terbaik Kabaddi Daerah.Tahniah diucapkan kepada En.Subramaniam dan juga Pn. Puvanesvary atas kejayaan cemerlang pasukan bimbingan mereka.D'Bukit Hebat..