Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Lawatan Penanda Aras Pengawas 2015

Lawatan penanda arasan Pengawas 2015 ke Sekolah Berprestasi Tinggi SMK Jalan 4 Tarikh : 15 September 2015 Hari : selasa Masa : 8 pagi - 12 tgh Penglibatan 24 orang pengawas Lawatan diteruskan juga walaupun hari tersebut diisytiharkan cuti jerebu.. komitmen dari pihak smk jalan 4 yang sangat tinggi..

Program SIS

Program SIS ( Saya Ikon Sekolah) Daerah Hulu Langat telah dilaksana di peringkat sekolah  bertempat di Dewan Ilmu SMKJB. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling  pada  2 Okt 2015 ( Jumaat) dari jam 2.30 ptg ~ 6.40 ptg. Objektif  Program SIS ini adalah untuk : 1. membangunkan potensi murid. 2. Meningkatkn disiplin diri murid. 3. Mengubah tingkah laku murid agar suka pergi ke sekolah. 4. menurunkn kadar % ponteng dalam kalangan murid. Seramai  40 org murid sesi petang mengikuti program. Tuan Pengetua SMKJB, Pn Hjh Roslina bt Che Omar turut menyampaikan amanah kepada murid bagi membuat perubahan demi masa hadapan mereka. Program ini dikendali sepenuhnya oleh 6 orang PRS Bistari SMK Jalan Bukit yang telah menjadi fasilitator sepanjang program ini. Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai . Unit Bimbingan  dan Kaunseling juga tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langs

Majlis PRS

Majlis PRS ‘Perfect,Resourceful,Successful' SMK Jalan Bukit Kajang telah berlangsung  pada13 Ogos 2015 di  PICC, Putrajaya . Majlis ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf bakat , kepimpinan dan jasa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kerana banyak membantu menjayakan pelbagai aktiviti sekolah. Majlis bermula dengan nyanyian lagu PRS dikuti ucapan Pn Roslina Bt Che Omar, Pengetua SMKJB. Beliau mengucapkan syabas kepada para PRS yang telah banyak membantu sekolah dalam menjayakan aktiviti sekolah.  Beliau turut mengharapkan agar PRS meneruskan usaha mereka dan sentiasa bersedia membantu sekolah pada setiap keperluan yang menuntut bakat dan kepimpinan mereka. Majlis diteruskan dengan tayangan video aktiviti PRS sepanjang tahun, penyampaian sijil dan cabutan bertuah. Unit Bimbingan dan kaunseling mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua,YDP PIBG,PK Petang,barisan GKMP dan Pn Hafzaidah kerana membuka kelapangan bagi memenuhi jemputan utk menghargai  anak PRS SMKJB dan

Sekolah Ditutup Esok kerana Jerebu

Adalah dimaklumkan kepada semua warga SMKJB bahawa esok 28 September 2015, sekolah akan ditutup kerana keadaan jerebu yang melanda negeri Selangor. Surat siaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dirujuk. Sekian untuk makluman

Kenaikan Pangkat ke DG54

Tahniah kepada Pn Choong Soo Mei dan Pn Sim Kay Shu yang telah dinaikkan pangkat ke DG54 mulai 1 Jan 2015. Semoga kenaikan gred ni menjadi motivasi kepada guru-guru yang lain dan terus mencipta kecemerlangan dalam bidang Sains dan Matematik di SMKJB. Daripada: Pn Hajah Roslina Che Omar Pengetua SMKJB editor's note: Seluruh warga SMKJB merakamkan sekalung tahniah untuk Pn Choong dan Pn Sim. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus berbakti di SMKJB.

Program Pecutan Akhir Cemerlang SPM 2015

Program Pecutan Akhir Cemerlang SPM 2015 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 12 Ogos 2015 bertempat di Auditorium Kolej Universiti New Era. Objektif program  ialah  menyuntik semangat pelajar SPM  supaya meningkatkan persediaan ke tahap maksima bagi mencipta kejayaan cemerlang. Penceramah program adalah pakar motivasi En Hilter Yew dari Biogenic Aura Crest Academy (BACA).Beliau di jemput sekali lagi berdasarkan penilaian  Program Pecutan Awal Cemerlang SPM  pada bulan Mac tahun ini menunjukkan pelajar amat berpuashati dan mengharapkan tips yang seterusnya dari penceramah. Majlis di mulakan dengan penyampaian button badge kepada 95 orang pelajar Champion oleh Pn Roslina Bt Che Omar selaku pengetua SMKJB. Dalam ucapan beliau mengharapkan pelajar-pelajar SPM kekal semangat dan bermotivasi tinggi utk menghadapi peperiksaan SPM. Antara intipati program ini ialah memastikan sasaran adalah jelas,pengurusan masa,kepentingan latih tubi , hormati maruah diri,persediaan

Program Bual Bicara Denggi

Program Bual Bicara Denggi telah diadakan pada hari Isnin  13/7/2015 di Dataran Ilmu SMKJB dengan tajuk Denggi, - bahaya,  kesan Dan Peranan komuniti. Sesi diskusi selama 1 jam  ini merupakan satu platform utk menghebahkan info mengenai bahaya wabak denggi. Program dianjurkan oleh Unit Anti Aedes Dan Pencegahan Denggi SMKJB. SEKALUNG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK DAN AHLI JAWATANKUASA YANG TERLIBAT.

Kem Kepimpinan PRS

Kem Kepimpinan PRS @Eksplorasi Daya Kerjaya anjuran unit Bimbingan & Kaunseling dan Kelab Bimbingan dan Kerjaya telah berlangsung pada 29 Mei dan 30 Mei 2015 bertempat di PD Santuary Training Apartment.Objektif kem ini ialah utk menggilap sifat kepimpinan dan jati diri Pembimbing Rakan Sebaya agar PRS dapat mempertingkatkan diri dgn kemahiran membantu dan sikap prihatin terhadap rakan sekolah.  Kem ini juga menjadi medan menggilap daya kepimpinan PRS Bistari dan tahap PRS lain. Di akhir program dalam Majlis Penutup, PK1 selaku wakil Pentadbir telah hadir Menyempurnakan majlis bagi mengikhtiraf bakat kepimpinan PRS.

Program Champion

Program Champion ialah hasil cetusan idea Tuan Pengarah JPN Selangor utk membantu m urid murid mencapai kecemerlangan melalui bimbingan yg bersistem dan berfokus bagi mewujudkan budaya belajar yg efektif dan persaingan yg sihat melalui kumpulan rakan sebaya seterusnya meningkatkan bilangan murid yg mencapai minimum6A + B. Program Champion S MK Jalan Bukit telah mula disusun bermula bulan Jun 2015. Seramai 95 orang murid tingkatan 5 iaitu calon-calon SPM target cemerlang dipilih untukprogram ini.Setiap kumpulan terdiri drpd  4 hingga 5 orang murid dan akan diteguhkan dengan seorang guru pakar@fasilititator. Semasa taklimat kpd peserta, Pn Hajah Roslina Bt Che Omar menekankan   setiap ahli kumpulan memainkan peranan yang penting, masing masing harus menggunakan kekuatan utk bantu rakan yang lemah. Bergerak senada d'Bukit di persada

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 telah memberikan pengiktirafan kepada guru-guru yang berkhidmat dengan cemerlang pada tahun lepas. Sekalung tahniah kepada semua guru dan kakitangan yang mendapat APC pada tahun ini. Semoga terus mengekalkan prestasi demi memajukan anak bangsa tercinta.

Perutusan Hari Guru 2015

Majlis membaca Perutusan Hari Guru 2015 yang bertema Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak telah disempurnakan oleh Puan Pengetua Puan Hajah Roslina Che Omar pada pagi 18 Mei 2015 dengan dihadiri oleh semua murid dan guru.

Program Kasih Ilmu

Pada 6 Mei 2015 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Kolej Portman telah menganjurkan Program Kasih Ilmu. Program ini bertujuan memberikan suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar aliran sastera dan MPED. Pengisian program ini terdiri daripada aktiviti 'energizer' dan Latihan Dalam Kumpulan. Program yang dikelola oleh pelajar-pelajar dari Kolej Portman ini mengendali program kepada160 orang murid dari kelas 5A1,5A2 , 5A3,5A4 dan 5 MPED. Di akhir program ini Pn Roslina Bt Che Omar (Pengetua SMKJB) mengingatkan para pelajar sentiasa menjaga kekemasan diri , memastikan diri sendiri hadir ke sekolah setiap hari persekolahan seterusnya meningkatkan usaha mulai hari ini untuk mendapatkan sijil SPM .  Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Kolej Portman, pihak pentadbir, guru-guru , Pembimbing Rakan Sebaya dan individu yg secara langsung dan tidak langsung telah menjayakan program ini. Bergerak senada d'bukit d'persada.

Program AISEC

Pada 28 April 2015 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pasukan AIESEC UKM telah menganjurkan Program AIESEC. Objektif program ini ialah untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu alam sekitar dan keperluan kitar semula bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap persekitaran .  Program ini dikelola oleh fasilitator dari Malaysia,India, Egypt dan Vietnam yang meminta semua pelajar untuk menghargai keamanan kerana peperangan lebih membawa kepada kemusnahan alam sekitar. Kehadiran 5 orang fasilitator dari luar negara telah memberi pendedahan kepada murid.-murid tentang kebudayaan negara lain. Seramai 120 orang murid dari kelas 4SN1,4SN2,4ST dan 4AK telah menyertai program ini. Pengisian program, terdiri daripada ceramah ,tayangan video dan Latihan Dalam Kumpulan  Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Pasukan AIESEC UKM, pihak pentadbir, guru-guru , Pembimbing Rakan Sebaya dan individu yang secara langsung dan tidak langsung tela

Penyampaian hadiah pertandingan menulis esei ASEAN

Penyampaian hadian bagi pertandingan menulis esei bertajuk ASEAN diadakan pada 6 Mei 2015. Pemenangnya adalah spt berikut: Johan Naib Johan Tempat Ketiga

Majlis Penetapan Target 2015

Serentak dengan Hari Temu Mesra pada Sabtu yang lepas, Majlis Penetapan KPI setiap subjek untuk setiap kelas tingkatan 3 dan tingkatan 5 tahun 2015 juga telah diadakan. Penetapan KPI ini selari dengan KPI SMKJB iaitu untuk meningkatkan GPS ke 4.9 dan seterusnya kembali mencapai Band 4.

Hari Temu Mesra 1/2015

Pada hari Sabtu yang lalu 25 April 2015 telah diadakan hari pertemuan antara ibu bapa dan guru bagi membincangkan prestasi dan target anak-anak SMKJB. Sekalung terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir bagi menandakan anda cakna pelajaran anak-anak anda.