Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Program Selepas PT3 Bersama Membentuk generasi Bebas Dadah

Program Selepas PT3 yang diselaraskan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dilaksana bersama unit kurikukulum dan unit kokurikulum bermula 14 Oktober2016 hingga  26 November 2016 . Program ini merupakan  usaha oleh pihak sekolah bagi merancang aktiviti-aktiviti selepas peperiksaan  berbentuk pengetahuan dan kemahiran . Objektif program adalah untuk menggalakkan murid hadir ke sekolah disamping  meningkatkan pengetahuan kerjaya dan pembangunan sahsiah diri murid.Selain itu program ini juga memupuk rasa tanggungjawab dan sayang terhadap sekolah,  mencungkil potensi diri murid serta membentuk generasi bebas DARVIH. Antara aktiviti yang dijalankan ialah *Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 3 untuk murid-murid yang  tak hadir *Bimbingan Permohonan online Sekolah Teknik dan Vokasional *Projek mural unit kokurikulum *Lawatan Hari Inovasi Nuklear Malaysia Bangi * Sukan dan Permainan Dalaman * Pertandingan Berirama PPDa * Vle Frog *Ceramah Teknik dan Vokasional *Pemulangan buku teks *Ak

KARNIVAL TEKNIK DAN VOKASIONAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT

Pada 11 Oktober 2016, kaunselor dan guru -guru Tingkatan 5 iaitu Pn. Norliyanti, Pn. Suhaibah, Pn. Nik Arina dan Pn. Rosliza telah mengiringi seramai 170 orang murid Tingkatan 5 mengikuti Karnival Teknik Dan Vokasional Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat 2016 . Program yang dianjurkan bersama oleh bahagian TVET PPD Hulu Langat dan MASTRO consultan adalah berkaitan pendedahan tentang bidang Kemahiran Kerjaya seperti pastri, solekan, dandanan, perfileman, keusahawanan dan sebagainya. Aktiviti berbentuk bengkel dan pameran serta dihadiri sekolah-sekolah di sekitar Hulu Langat. Terima kasih atas usaha yang dilaksanakan. 'Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah' 'Sekolah Bebas Dadah'

PERSEMBAHAN DAN PENILAIAN PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PERSEMBAHAN DAN PENILAIAN PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR Pada 10 OKTOBER 2016, Unit PPDa Sekolah Menengah Jalan Bukit yang diketuai Pn Zurina Bt Zaini bersama kaunselor-kaunselor SMK Jalan Bukit telah menyertai Persembahan dan Penilaian PPDa peringkat negeri Selangor di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Tahniah dan semoga berjaya . 'Bergerak senada d'Bukit di persada' 'Bersama membentuk generasi bebas dadah.' VISI PPDa *SEKOLAH BEBAS DADAH* MISI : -Menanamkan rasa cinta akan sayang pada diri sendiri. -Memberi maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah,  arak,        rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS (DARVIH) serta aktiviti-aktiviti   yang tidak bermanfaat yang boleh menjerumus murid ke    perangkap dadah. - Meningatkan semula warga sekolah tentang visi dan misi PPDa. - Melahirkan warga yang bebas dadah. - Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah dan komuniti    dalam memerangi DARVIH

Acara jemputan Sukan Tahunan SMK Dusun Nanding

Pada 24hb September 2016 pasukan olahraga SMK Jalan Bukit  telah dijemput menyertai acara jemputan sukan tahunan SMK Dusun Nanding. Smk Jalan Bukit telah mendapat tempat kedua bagi Kategori perempuan dan tempat ketiga bagi Kategori lelaki.

Majlis Penyerahan Kenaikan Pangkat KRS 2016

Tahniah dan syabas kepada ahli Kadet Remaja Sekolah kerana lulus Kursus Kenaikan Pangkat 2016. Anggota KRS tersebut ialah : SARJAN KRS MUHAMMAD FARID IKHMAN B. AZIZ SARJAN KRS AHMAD FAHIM B ABDUL RAZAK PEGAWAI WARAN 1 NUR IZZATI KQIYIESAH SYAHIRAH BT ABDUL JALIL PW1 akan mengikuti perkhemahan peringkat kebangsaan di Melaka, 28-30 September 2016

Pelancaran dan Pertandingan 3K Ton 2016

Pelancaran dan Pertandingan 3K Ton telah diadakan pada hari khamis 28.7.2016.Acara ini berlangsung di SMK Jln Bukit dan sertai oleh murid-murid yang telah dipilih dari acara saringan sebelum ini.Sebelum pertandingan 3kTon bermula, murid-murid berkumpul dan beratur mengikut tingkatan masing-masing untuk guru menanda kedatangan mereka.Perhimpunan berlangsung pada pukul 7.30 pagi.Bagi pelajar sesi pagi, perhimpunan diadakan di dataran ilmu manakala sesi petang di gelanggang bola keranjang.Kemudian murid disusun mengikut rumah sukan masing-masing.Pertandingan dimulakan dengan Kejohanan Trek Padang, disusuli pertandingan kawad kaki seterusnya pertandingan senamrobik.Pelancaran karnival 3K Ton dilaksanakan oleh Pn pengetua Hjh Roslina bt Omar.Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan tamat pada pukul 1.30 tengahari.

Pertandingan Silat Seni dan Olahraga Peringkat Daerah Hulu Langat

Tahniah kepada pasukan Silat Gayung SMK Jalan Bukit kerana telah berjaya mendapat tempat di setiap pertandingan yang diadakan. Peserta telah memenangi silat dalam 3 kategori berikut iaitu: 1. Seni Jurus Silat Putera-Tempat ketiga 2. Seni Tempur Putera-Tempat kedua 3. Seni Tari Silat Putera- Tempat keempat Syabas!! Semoga Terus Berjaya di arena persilatan..🏆🏆🖒🖒

Johan Pertandingan Drama Sekolah Menengah PDHL dan Tempat Keempat Pertandingan Drama Sekolah Menengah Peringkat Negeti 2016

Tahniah dan syabas kepada pasukan drama Bahasa Inggeris SMK Jalan Bukit kerana telah mendapat Tempat ke 4 Pertandingan Drama Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2016 dan Johan Pertandingan Drama Sekolah Menengah Peringkat Daerah Hulu Langat 2016. Semangat kerjasama dan kesungguhan pasukan drama tersebut serta latihan dan tunjuk ajar guru-guru Panitia Bahasa Inggeris telah melayakkan pasukan ini bertanding di peringkat negeri.Tahniah diucapkan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga d'bukit yang lain.🖒🖒🎖🎖🏆🏆

Kejohanan Merentas Desa Larian Sihat Tanpa Dadah Kali Ke 50 2016

Pada 5 Mac 2016 yang lalu,satu Kejohanan Merentas Desa telah diadakan di Taman Pertanian Universiti,Universiti Putra Malaysia. Larian yang bertemakan "Larian Sihat Tanpa Dadah" telah diadakan untuk Kali yang Ke50 yang disertai oleh murid-murid SMK Jalan Bukit,Kajang. Larian tersebut terbahagi kepada beberapa Kategori iaitu Kategori Lelaki dan Perempuan bawah 18 Tahun dan Kategori Lelaki dan Petempuan bawah 15 tahun. Pertandingan yang julung kali diadakan diadakan di Taman Pertanian Universiti ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru ahli olahraga dan juga untuk melahirkan murid yang sihat dan cergas.

Pertandingan Kangaroo Math Competition

Pertandingan Kangaroo Maths Competition adalah pertandingan matematik antarabangsa yang disertai oleh 69 buah negara. Pertandingan telah dijalankan pada 24 Mac yang disertai oleh 32 orang peserta.20 dalam kategori "Student" dan 12 dari kategori "Junior". 10 orang telah berjaya mendapat sijil penghargaan dan 5 orang berjaya mendapat pingat. Senarai pemenang pingat ialah: Kategori Junior 1)Ong Jia Chong-Emas 2)Leong Zhen Hui-Perak 3)Lim Yi Qi-Gangsa Kategori Student 1) Leong Xian Jun-Gangsa 2) Chew Yee Henn-Gangsa

Perhimpunan Rasmi Yang Dikendalikan oleh Persatuan Badan Beruniform

Bermula pada bulan Mac 2016 sehingga September 2016,Persatuan Badan Beruniform telah mengendalikan perhimpunan rasmi yang diadakan pada hari Isnin. Perhimpunan tersebut dikendalikan sekali dalam setiap bulan. Persatuan Badan Beruniform yang terlibat ialah Kadet Remaja Sekolah,Kadet Bomba,Ranjer Puteri,Kadet Polis,St.John Ambulan,Pengakap dan Puteri Islam. Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap bertanggungjawab,berdisiplin dan bekerjasama dikalangan ahli-ahli Persatuan Badan Beruniform di SMK Jalan Bukit.

PROGRAM EKSPLORASI ALAM KERJAYA

Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah berjaya menganjurkan PROGRAM EKSPLORASI ALAM KERJAYA dari 11Julai 2016 hingga 15 Julai 2016 Objektif Program Eksplorasi Alam Kerjaya adalah untuk: *Memberi pendedahan dan pendidikan kerjaya kepada para     pelajar mengenai peluang dan ruang kerjaya yang wujud di    sekitar mereka. *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap    sesuatu bidang kerjaya. *Memberi maklumat yang bernilai berkenaan bidang kerjaya   yang diminati oleh pelajar, dengan itu mereka dapat membuat   perancangan awal dan menetapkancita-cita kerjaya untuk   persediaan masa hadapan. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah . Pengisian program adalah ceramah kerjaya, bengkel kerjaya dan pameran kerjaya. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pentadbir , guru-guru dan Pembimbing Rakan Sebaya serta semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung demi menjayakan program ini. d'Bukit Bebas DARVIH B

PERKAMPUNGAN ILMU 2016

Perkampungan Ilmu pada 31Mei dan 1Jun 2016