Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Perjumpaan 1 Kokurikulum Kelab Persatuan 2017 SMK Jalan Bukit

Pada 18 Januari 2017. Perjumpaan kali 1 Kokurikulum Kelab Persatuan telah dijalankan. Perjumpaan yang bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 8.20 pagi telah berjalan dengan lancar. Untuk perjumpaan kali pertama ini di antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking,  pengenalan terhadap kelab, membuat kad tahun baru cina, mencipta logo dan motto, membersihkan taman Bumi Hijau, menceriakan bengkel, perancangan aktiviti dan pengaihan tugas serta lain-lain aktiviti.

Taklimat Merentas Desa Larian Sihat Tanpa Dadah Kali Ke 51 SMK Jalan Bukit 2017

Taklimat mengenai Kejohanan Merentas  Larian Sihat Tanpa Dadah telah diadakan pada 16 Januari 2017 bertempat di Anjung Muafakat pada pukul 1.10 tengahari.Taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengurus Kejohanan iaitu Encik Tan Chin Lai berkenaan perjalanan program tersebut dan juga tugas-tugas ahli jawatankuasa yang terlibat. Selain daripada itu,taklimat mengenai Trek Merentas Desa juga diberikan untuk memudahkan pengurusan semasa Kejohanan Merentas Desa yang akan berlangsung pada 21 Januari 2017.

Mesyuarat Agung Kokurikulum Sesi 2017 SMK Jalan Bukit

Pada 11 Januari 2017,Mesyuarat Agung Kokurikulum telah diadakan mengikut Rumah Sukan,Persatuan Badan Beruniform,Kelab Persatuan dan Sukan Permainan. Mesyuarat Agung tersebut telah diadakan di lokasi yang telah ditentukan dan murid-murid mengikuti Mesyuarat Agung mengikut slot yang ditetapkan. Mesyuarat Agung telah berjalan lancar dan penglibatan serta kerjasama guru-guru dan murid-murid SMK Jalan Bukit amatlah menggalakkan.

Pendaftaran Kokurikulum sesi 2017

Pendaftaran Aktiviti Kokurikulum SMK Jalan Bukit bagi sesi pagi tahun 2017 telah diadakan pada *6 Jan 2017* bermula jam *7.45 & 9.55 pagi* Pendaftaran melibatkan semua murid Ting 3 - 5.  Sebanyak 18 Kelab & Persatuan mengadakan pendaftaran di Dataran Ilmu dan dipantau oleh Penyelaras Kelab & Persatuan Pn Rozana bt Mazlan. Pn Norhapida Penyelaras Kelab Sukan & Permainan telah menguruskan  pendaftaran 15 Kelab Sukan & Permainan yang dijalankan di kantin. Di Dataran Siber ditempatkan pendaftaran Pasukan Badan Beruniform sebanyak 9 buah di bawah pengawasan Pn Ummi Erna penyelaras PBB. Manakala Pendaftaran Aktiviti Kokurikulum SMK Jalan Bukit bagi sesi petang pula telah diadakan pada 13 Jan 2017. Pendaftaran bagi murid-murid sesi petang telah diadakan di kelas masing-masing bagi memudahkan pengurusan murid-murid. Pendaftaran berjalan lancar dan tamat mengikut masa yang ditetapkan.

Takwim Persekolahan Julai - Disember 2017

TAKWIM AKTIVITI d’BUKIT 2017 JULAI PERSADA KOMUNITI (d’BUKIT MENUJU PERSADA) BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL TARIKH PENTADBIRAN KURIKULUM HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM Sab 1 Ahad 2 Isn 3 Kilauan Permata 4 Semakan Jadual Kedatangan Murid Sel 4 Mesyuarat JK Kerja PSS 3/2017 Kilauan Permata 4 Permainan Kumpulan 2 (7) Rab 5 Pasukan Badan Beruniform (8) Kha 6 Majlis Temu Mesra / Aidilfitri Jum 7 Bengkel Bahasa Tamil PT3 & SPM Halaqah Ilmu Sab 8 Mesy. JK PIBG Bil 6/2017 Kursus Kepimpinan PRS Bongsu Ahad 9 Isn 10 Ujian Instrumen Pelbagai PT3 (Geografi) bermula Kilauan Permata 4 Saringan  2 DASS