Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

PROGRAM i DISCOVER+ INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY

PROGRAM i DISCOVER+ INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY 1MALAYSIA BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Pada  25 Februari 2017 Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menyertai Program i- Discover anjuran Kolej Universiti Antarabangsa Inti. Objektif program ini adalah untuk: * Meningkatkan peratus pencapaian murid lulus SPM * Mendedahkan pengetahuan kerjaya kepada murid dalam bidang         kejuruteraan dan pengurusan perniagaan. * Membentuk generasi sekolah bebas penyalahgunaan dadah. Seramai 75 orang murid tingkatan 5 dan 4 orang guru kaunseling telah mengikuti program ini yang bertempat di Kolej Universiti Antarabangsa Inti ,Nilai, Negeri Sembilan. Aktiviti berbentuk ujian personaliti, bengkel dan latihan dalam kerjaya bagi membolehkan murid menyelami bidang kerjaya kejuruteraan dan pengurusan  perniagaan Program bermula 8.00 pagi  sehingga pukul 3.30 petang dan turut dihadiri oleh 4 buah sekolah lain dari negeri Sembilan.

Kejohanan Bola Tampar MSSD HULU LANGAT

Kejohanan bola tampar MSSD Hulu Langat telah berlangsung pada 1 hingga 3 Febuari 2017 di SMK Bandar Baru Sg. Long. SMK Jalan Bukit telah menghantar Penyertaan L18 dan P18. Kedua -dua pasukan telah bertahan hingga ke peringkat quarter final.

Pertandingan Ragbi Mssd Hulu Langat

Pertandingan Ragbi MSSD Hulu Langat telah diadakan pada 23 - 25 Januari 2017 di SMK SAAS dan SMAP Kajang. Penyertaan bawah 18 tahun SMKJB telah masuk ke pusingan kalah mati dan kalah pada peringkat separuh akhir 'Bowl' pada Kolej Permata Pintar. 3 orang pelajar   telah terpilih untuk pemilihan untuk pasukan MSSD Hulu Langat ialah :  1.Nurman Bin Firdaus (5F) 2.Muhammad Azri Afif Bin Azmi (5F) 3.Raja a/l Ramachandran (5C)

Pertandingan Bola Keranjang MSSD

Pertandingan Bola Keranjang MSSD telah diadakan pada  19, 20 dan 23 Januari 2017 ( 7.30 - 4.00 ptg). Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Rekreasi Batu 11 Cheras Selangor. Peryertaaan ialah L15 L18 dan P18. Pencapaian ialah L15 dan L18 telah menjadi juara kumpulan pada Peringkat suku Akhir.

Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat

Seramai 32 orang pelajar telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat yg berlangsung di MAEPS, Serdang hari ini. Daripada jumlah penyertaan tersebut seramai 21 orang telah menyumbang mata kemenangan dan 6 orang pelajar kita telah terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri. Kategori P1 dan kategori L1 mendapat Naib Johan manakala kategori P2 mendapat tempat ke-3. Pelajar kategori L2 mendapat tempat ke-4 & ke-6 individu dan kedua-duanya terpilih mewakili daerah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan olahraga khususnya untuk Pn. Santhana Marry, Cik Nur Diyana, Cik Nur Izzati dan bekas pelajar Laura Tan May Chern yang begitu komited melatih pasukan sekolah. 👏👏👏🌺🌺🌺

Kejohanan Merentas Desa Larian Tanpa Dadah Kali Ke 51 SMK Jalan Bukit 2017

Kejohanan Merentas Desa Larian Tanpa Dadah Kali Ke 51 SMK Jalan Bukit 2017 telah berlangsung pada hari Sabtu yang lepas bersamaan pada 21 Januari 2017. Kejohanan tersebut telah disertai oleh warga D'Bukit dan dilancarkan oleh Pengetua SMK Jalan Bukit Puan Hajah Roslina Bt Che Omar. Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar dimana Rumah Sukan Biru (Bendahara) telah mengungguli kejohanan tersebut dengan 615 mata,manakala diikuti Rumah Merah(Laksamana),Rumah Kuning(Temenggung),Rumah Hijau(Syahbandar) dan Rumah Ungu(Menteri). Berikut ialah Keputusan Kejohanan Merentas Desa :

MAJLIS PERSARAAN EN. BATHIANATHAN BERSAMA UNIT DISIPLIN

Pada 4 Februari 2017, satu majlis khas sempena persaraan ketua disiplin sesi petang En. Bathianathan telah dijalankan di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis dihadiri oleh para pentadbir dan ajk unit disiplin tahun 2017. Turut hadir ada mantan PK HEM En. Theng Kock Leing dan beberapa ahli keluarga. Majlis telah dirancang oleh PK HEM En. Nagaya dalam tema santai. Happy retirement En Nathan. Good luck in your future.😉

PROGRAM UNIT HEM : TAKLIMAT PERATURAN SEKOLAH & ETIKA PAKAIAN

Pada 1 Februari 2017, satu program khas unit HEM khasnya berkaitan disiplin telah diadakan semasa aktiviti ko-kurikulum mingguan dari jam 7.30 - 8.20 pagi. Program dibahagikan kepada 3 slot iaitu : 1) Taklimat peraturan sekolah dan SSDM merangkumi kes salah laku murid dan amalan baik. Slot ini dikendalikan oleh ketua guru disiplin sesi pagi Pn. Mumtaz Bee binti Abdul Aziz. 2) Taklimat etika pakaian sekolah yang perlu dipatuhi oleh setiap murid SMK Jalan Bukit. Peraturan pakaian hari Isnin iaitu hari perhimpunan rasmi-semua murid perlu berpakaian uniform sekolah dengan lengkap bertali leher. Tatacara pemakaian pakaian semasa hari PJPK dan Sukan. Slot ini dikendalikan oleh PK HEM En. Nagayaya A/L Muniandy. 3) Taklimat etika pakaian diteruskan oleh unit ko-kurikulum. Tatacara pakaian untuk setiap hari Rabu yang merupakan hari ko-kurikulum sekolah. Pakaian yang digalakkan untuk dipakai dan yang tidak boleh dipakai. Beberapa contoh dari murid-murid diketengahkan sebagai penerangan yan