Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

PERTANDINGAN PENCAK SILAT SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2018

       Pasukan pesilat SMKJB telah mengambil bahagian dalam pertandingan pencak silat daerah hulu Langat pada 3 Mei 2018 di SMK Bandar Sungai Long, Selangor. Sebanyak hampir 10 buah sekolah yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan pencak silat tersebut. Pasukan Tempur Putera telah Berjaya mendapat tempat ketiga didalam pertandingan tersebut. Syabas diucapkan kepada pesilat SMKJB iaitu saudara Muhammad Arfan Nurman dan Mohd Haikal atas kejayaan yang diperolehi.Tahniahkepada guru pembimbing mereka Pn Sharizawati.

PROGRAM CSR KERJASAMA KOPERASI SMK JALAN BUKIT DENGAN ANGKASA

Program Khidmat Masyarakay di Peringkat Negeri Selangor 2018 telah dijalankan oleh  Koperasi SMKJB di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih pada 2 dan 3 Mac 2018. Penglibatan murid-murid SMKJB telah amatlah menggalakkan dan dapak memupuk nilai - nilai murni iaitu menghormati dan kasih sayang kepada orang tua.

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 2018

KEM MENUJU PERSADA TINGKATAN 1 2018

LAPORAN : KEM MENUJU PERSADA TINGKATAN 1 2018 Objektif : Mencungkil potensi diri dan sekali gus menjadi penggerak motivasi diri yang berkesan. Memupuk  minat dan semangat untuk menimba ilmu menerusi aktiviti-aktiviti menarik    di sepanjang program. Pendedahan kepada teknik-teknik cepat belajar dan kemahiran menjawab soalan berformatkan PT3. Maklumat Pelaksanaan : Tarikh                : 27 - 28 April 2018 (Jumaat dan Sabtu)              Tempat              : SMK Jalan Bukit, Kajang, Selangor.              Masa                 : 2.00 petang (Jumaat) – 2.00 petang (Sabtu)              Penglibatan        : 50 Guru Sesi Petang dan 184 orang murid Tingkatan 1               Laporan Aktiviti : Aktiviti berjalan dengan lancar dengan kerjasama Pihak Pentadbir, semua guru sesi petang, AJK PIBG, murid-murid dan ibu bapa/penjaga.  Kekuatan: Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan sistematik. Semua murid memberi kerjasama dalam aktiviti kum

MAJLIS TEMU MESRA DAN PENETAPAN TARGET TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5 2018

LAPORAN :  MAJLIS TEMU MESRA DAN PENETAPAN TARGET TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5 2018 Objektif: 1.       Menyediakan ruang dan peluang   kepada ibu bapa/ penjaga bertemu secara langsung dengan guru   kelas atau guru mata pelajaran    anak mereka. 2.       Bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat mengenai anak jagaan mereka dengan  para guru. 3.       Membantu meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid. 4.       Meningkatkan keyakinan ibu bapa / penjaga tentang program-program sekolah dalam semua  bidang. 5.       Menyediakan ruang kepada ibu bapa untuk mengetahui target / matlamat sekolah terhadap  pencapaian peperiksaan PT3 dan SPM. 6.       Menjauhkan murid dari pengaruh dadah melalui pencapaian sahsiah dan akademik yang cemerlang Maklumat Pelaksanaan : Aktiviti :          Temu Mesra dan Penetapan Target Tarikh :           8 Mac 2018 Tempat :         Dataran Ilmu     Sasaran :         Ibu bapa / Penjaga dan Murid-murid tingkatan 3 dan 5

MAJLIS ANUGERAH Q ASPIRASI 2017

LAPORAN : MAJLIS ANUGERAH Q ASPIRASI 2017 Objektif: 1       Menghargai dan memberi pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam peperiksaan  sekolah dan peperiksaan awam . 2       Memberi pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam bidang Kokurikulum dan Sahsiah Diri. 3       Menggalakkan murid bersaing dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik dan bukan  akademik serta sahsiah diri. 4       Memberi pengiktirafan kepada panitia yang berjaya meningkatkan prestasi mata pelajaran  masing-masing serta    kelab /persatuan, unit beruniform atau kelas yang cemerlang. 5       Menjauhkan murid daripada pengaruh dadah melalui pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik. Maklumat Pelaksanaan : Aktiviti :          Penyampaian Anugerah kepada Murid-murid dan Para Guru Tarikh :           29 Mac 2019 Tempat :         Auditorium Kolej Universiti New Era              Sasaran :         Murid-murid Cemerlang di bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah Diri.

KILAUAN PERMATA 3 DAN 5

LAPORAN : KILAUAN PERMATA 3 DAN 5 Objektif: a)  Mengulangkaji konsep-konsep mata \pelajaran yang telah dipelajari b)  Menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat c)  Meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan PT3/SPM d)  Menjauhkan murid dari gejala dadah melalui aktiviti kelas tambahan Maklumat Pelaksanaan : Aktiviti               : Kelas tambahan untuk murid-murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 Tarikh                : 28 April 2018 (Sabtu) Tempat               : Bilik Darjah  Sasaran              : Semua murid tingkatan 3 dan 5 Perbelanjaan       : Peruntukan PPA Laporan Aktiviti : Aktiviti berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kekuatan: 1.  Kehadiran dan komitmen guru-guru amat baik. 2.  Murid-murid yang hadir menepati masa yang telah ditetapkan. Kelemahan: Tidak semua murid hadir seperti yang disasarkan. (KP3 69.65% & KP5 63.21%) Penambahbaikan: 1.Pihak pentadbir telah mengambil tidakan tegas