Skip to main content
MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2018

       Program Minggu Orientasi murid murid Tingkatan 4 sesi 2018 yang dilaksanakn oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling( UBK ) dengan kerjasama Unit Kurikulum,Unit Kokurikulum, Unit Disiplin dan Unit Pusat Sumber Sekolah di bawah Bidang HEM telah dilaksanakan pada 2 Januari hingga 4 Januari 2018.
        Program ini telah disusun dan dijalankan sebagai salah satu aktiviti tahunan sekolah yang wajib dilaksanakan oleh UBK. Ianya bertujuan  mencapai objektif program yang berperanan menyediakan murid-murid dengan persediaan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi menghadapi proses pembelajaran dalam persekitaran yang baharu dan  menyesuaikan diri murid dalam suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
        Persediaan awal yang mantap amat perlu bagi menjana dan melahirkan murid-murid yang cemerlang.  Ia juga sebagai pemangkin kepada mereka untuk hadir ke sekolah dengan perasaan yang ceria di samping meningkatkan ilmu pengetahuan, pendedahan maklumat kerjaya dan pembangunan sahsiah diri mereka.

       Antara aktiviti-aktiviti sebagai pengisian program adalah seperti berikut :

  •     Taklimat murid  Tingkatan 4 oleh Pn Nik Nurhayati bt Nik Muhammad,  Penyelaras       tingkatan 4.
  •      Bicara Pentadbir
  •      Taklimat Program Nilam  oleh Pn. Kamaliza dan Pn Haslinda bt Basri, Penyelaras         PSS SMKJB.
  •      Taklimat kurikulum  oleh Pn Norkhaliza bt A.Jalil, PK 1 SMKJB.
  •      Taklimat ko-kurikulum  oleh Pn Ruzihan bt Jantan, PK Koku Bersama Pn .Hamimah SU Kokurikulum SMKJB.
  •       Taklimat Disiplin oleh En. Muhammad Hafiz b. Muhammad, PK HEM SMKJB.
  • Pemeriksaan kekemasan diri murid Oleh Unit Disiplin.
  •  Pengurusan kelas
  •  Soal selidik Dan keperluan Murid.
  •  Slot  kerjaya Dan suai kenal bagi meningkatkan kejelekitan Murid melalui Aktiviti kaunseling yang dilaksana Oleh Pn.Zurina bt Zaini, GBKSM SMK Jalan Bukit Bersama PRS tingkatan 4.
  •   Slot Suara Murid
     Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini

"1Malaysia Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah
"Bergerak Senada d'Bukit d'Persada"



Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...