Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

AKTIVITI SLAD DI LALUAN PPDa SMKJB ( Kunjung Ilmu SMK Convent Kajang)

Kunjung Ilmu dari SMK Convent Kajang telah berlangsung pada 28 Ogos 2019 (Rabu) jam 2.30pm hingga 3.30pm.  Seramai 16 orang ahli SLAD dan 2 orang guru pengiring telah hadir menjayakan program. Kehadiran rombongan telah disambut oleh Skuad PPDa SMK Jalan Bukit. Taklimat  dan agihan kumpulan telah dibentuk bagi memudahkan sebaran maklumat disampaikan. Ahli SLAD telah dibawa ke stesen-stesen DARVIH bagi mendapatkan gambaran, idea dan maklumat berkaitan fungsi dan peranan Laluan PPDa sebagai wadah pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah Tahniah diucapkan kepada PRS Tingkatan 4 yang bersedia untuk melaksanakan tugas sebagai fasilitator. Terima kasih juga atas kepercayaan dari SMK Convent Kajang untuk hadir menimba ilmu. Bergerak Senada dBukit dPersada        Bersama Membentuk Generasi Bebas    Dadah Mari Amalkan Amalan Guru Penyayang

KEMBARA KERJAYA KV KAJANG (Bidang Kemahiran)

Program Kembara Kerjaya Kolej Vokasional Kajang peringkat Daerah Hulu Langat telah berlangsung pada 21 Ogos 2019 (Rabu).    Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid tingkatan 3 dalam bidang kemahiran selaras dengan dasar  negara bagi meningkatkan lagi  modal insan berkemahiran tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.  Sebanyak 39 buah sekolah menengah telah menghantar murid-murid bagi mendengar taklimat kemasukan ke KV yang disampaikan sendiri oleh Pengarah KV Kajang.  Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program seperti Pameran kolej kemahiran, jualan makanan, barangan, pertandingan KV Skill dan sebaran maklumat.  Murid-murid turut di bawa melawat ke bengkel-bengkel pembelajaran iaitu bidang akaun, automotif, penyejuk dingin dan perniagaan. Semoga program ini membawa manfaat dan membuka minda murid ke arah hala tuju pembelajaran bagi kejayaan masa hadapan anak didik dBukit. dBukit Hebat Bersama Membentuk Generasi B

Kejohanan Pencak Silat Pemilihan ke Sukan Negeri Selangor 2019

Tahniah diucapkan kepada pesilat SMKJB kerana telah berjaya mencapai 2 pingat gangsa dan 1 pingat perak dalam Kejohanan Pencak Silat Pemilihan ke Sukan Negeri Selangor 2019 (SUKSES) pada 18 Ogos 2019 di MARA Japan Industrial Institute Beranang,Selangor. Pesilat-pesilat tersebut ialah: 1. Muhammad haikal 4C - PERAK 2. Muhammad arfan 4D -  GANGSA 3. Achmad Saidi Amry 4C - GANGSA 4. Muhd Rafiq 4E - suku akhir. 

LAPORAN : PAMERAN (PBD) & KMR DI SMK PANDAN JAYA

LAPORAN : PAMERAN (PBD) & KMR   DI SMK PANDAN JAYA Objektif: ·          Sebagai platform pameran keberhasilan murid ·          Memberi peluang kepada ibubapa untuk mendapatkan pelbagai informasi berkaitan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) Maklumat Pelaksanaan : Aktiviti            : Pameran Pentaksiran Berdasarkan Bilik Darjah (PBD) Tarikh              : 8   Ogos   2019 Tempat            : Astaka Semarak Jaya Sasaran            : Projek PBD dan KMR murid-murid Tingkatan 1-3 Laporan Aktiviti : Seramai 2 murid dan dua orang guru telah Berjaya menjalankan pameran hasil projek PBD dan KMR murid-murid Tingkatan 1 hingga 3 ini. Antara projek yang dibawa ke tapak pameran adalah Aquaponik, Model Peparu 4D, Tas Tangan Denim dan rangkaian PBD RBT. SMK Jalan Bukit adalah satu-satunya wakil dari sekolah menengah Hulu Langat disamping SK Sri Jelok (wakil sekolah rendah) Kekuatan: 1.         Sokongan padu pih