Saturday, January 27, 2018

KEJOHANAN BADMINTON MSSD HULU LANGAT 2018

Kejohanan Badminton peringkat Daerah Hulu Langat telah diadakan pada 22 hingga 25 Januari 2018 bertempat di Orion Sports, Beranang. Pasukan sekolah kita telah mendapat Naib Johan keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Antara pencapaian yang diraih ialah Johan Bergu L18, Johan Perseorangan L15 dan L18, Naib Johan Perseorangan L15, L18 dan P18 serta Tempat Ke-3 bersama Bergu L15. Muhammad Shaqeem Eiman terpilih sebagai pemain lelaki terbaik. Seramai 7 orang pemain terpilih untuk mewakili daerah iaitu Muhammad Shaqeem Eiman, Jimmy Wong, Kenny Khew Han Yan, Kong Yi Ming, Kong Zhong Li, Chua Jing Yang dan Yuvetha. Tahniah dan syabas untuk semua pemain dan guru penasihat yang terlibat iaitu Pn. Jamilah, Pn. Faridah, Pn. Puteri Fairose, Pn.Wong dan Pn. Noraini. 

No comments:

Post a Comment