Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Pertandingan CIP Daerah Hulu Langat

Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Daerah Hulu Langat telah diadakan di Lembah Pangsun Hulu Langat. Seramai 4 orang murid bersama seorang guru Kelab Pengguna dan Koperasi iaitu Pn Nik Arina telah terlibat dalam pertandingan tersebut.

Acara Jemputan di Kejohanan Sukan Balapan dan Padang SMK Bandar Seri Putra

Pada 18 April 2017 atlit SMK Jalan Bukit telah berjaya mendapat Johan acara jemputan 4x100m di UPM Serdang dalam Kejohanan Sukan Balapan dan Padang SMK Bandar Seri Putra.Syabas!!πŸ–’πŸ–’πŸ†πŸ†πŸ†πŸƒπŸƒ

Pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah Hulu Langat 2017

Seramai 4 orang murid telah menyertai Pertandingan Hari Puteri(PPIM) di SMK Bandar Rinching iaitu : 1. Alwani norliyana 5A 2. Nur Ain Shafiqah 5E 3. Alieya Amysha 4A 4. Nurshahira 2AB  Saudari Noraini dari Ting 5B telah berjaya mendapat Johan Buku Log  pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah di SMK Bandar Rinching. Saudari Alwani menjadi wakil untuk menerima hadiah.Tahniah utk team PPIMπŸ‘πŸ‘

Kejohanan Tenis MSSDHL 2017

Kejohanan Tenis MSSDHL, 26-27 April 2017 di UPM Serdang Pencapaian SMK Jalan Bukit 1. Perseorangan Lelaki bwh 15 tahun Johan: Mothagapriyan 3A N. Johan:Yakneshapriyan 2B 2. Perseorangan Lelaki bwh 18 tahun Tempat ke 3: Bryant Ng 5B 3. Beregu bwh 15 tahun Lelaki Johan:Mothagapriyan & :Yakneshapriyan Terima kasih kpd Guru Pengiring En. Asyraf dan tahniah kpd semua murid yg terlibat πŸ’πŸ’πŸ’

KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN/STAF SARJAN KRS DAN KOPERAL TKRS DAERAH HULU LANGAT 2017

Pada 4 hingga 6 April telah diadakan Kursus Kenaikan Pangkay Sarjan/Staff Sarjan KRS dan Koperal TKRS di SMK Kajang Utama. Pasukan beruniform KRS SMK Jalan Bukit telah menghantar wakil yang terdiri daripada 4 orang murid dimana 2 orang murid telah berjaya mendapat pangkat SARJAN. Mereka terdiri daripada : NUR FATIHAH NAJWA BT AMZAH-5D NOR LAILA BT ABDUL SALAM-3A NUR ANIS FATIHAH BT ZUKIFLI-4D FATIN IZZATI AUNI-4D Manakala NUR IZZATI KQIYIESHAH SYAHIRAH-5B sebagai Penolong Jurulatih. Saudari Nur Fatihah dan Nor Laila telah berjaya mendapat pangkat Sarjan. Tahniah!!

Majlis Penetapan Target Tingkatan 3 dan 5 2016

Ladap Penanda Aras di Terengganu Darul Iman. Lawatan sekitar Terengganu dan SMK Imtiyaz Kuala Terengganu

LADAP ; PENGAJIAN BERKITAB ANJURAN PANITIA AGAMA ISLAM, SETIAP HARI JUMAAT BERMULA JAM 12.45 PTG DIBIMBING OLEH KETUA PANITIA IAITU USTAZAH RADHIAH BT IDRIS, BERTEMPAT DI SURAU JABAL NUR SMKJB.

PROGRAM PEMANTAPAN AL GEBRA, DIANJURKAN OLEH PANITIA MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN BERTEMPAT DI ANJUNG MUAFAKAT PADA 8 APRIL 2017, MELIBATKAN MURID-MURID TINGKATAN 4 DAN 5 YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN PADA 8 APRIL 2017.

PROGRAM PUSPANITA , 2 APRIL 2017 BERTEMPAT DI PUSPANITA PURI PUTRAJAYA. KHUSUS UNTUK CALON-CALON SPM 2017.

PERKAMPUNGAN ILMU EKONOMI ASAS 20 APRIL 2017

LADAP PANITIA MATEMATIK "PENGGUNAAN LCD DAN MATEMATIK HEBAT" 14 APRIL 2017

KLINIK MATEMATIK TINGKATAN 2, 3 DAN 5 JAN - APRIL 2017

LADAP PANITIA SAINS

PERKENALAN FIZIK DI UKM

PERKAMPUNGAN ILMU SAINS DAN FIZIK 18-20 MAC

ANALISA PERBANDINGAN SPM UNTUK TIGA TAHUN, TAHUN 2014-2016

TAKWIM KURIKULUM 2017

Kejohanan Catur MSSD Hulu Langat 2017

Pada 11,12 dan 13 haribulan April 2017,pasukan Catur SMK Jalan Bukit telah menyertai Kejohanan Catur MSSD Hulu Langat di Sekolah Taman Tasik Ampang,Selangor. Peserta-peserta kejohanan terdiri daripada :  Bawah 18 tahun : Ong Jia Chong 5A, Lim Yi Qi 5A, Ahmad Adam b Mohd Daud 4B, Ahmad Adib b Mohd Daud 4C Bawah 15 tahun : Calvin Raj David 3A, Amirtha Vaarshan a/l Pushparajan 3A, Loh Jun Deng 2A, Dessran Pereira a/l Justin Pereira 1A Kejayaan 2 peserta catur SMKJB iaitu Ahmad Adam bin Mohd Daud dan Dessran Pereira telah membanggakan warga d'bukit apabila masing-masing mendapat tempat ke 7 (Ranking Top 10) dalam Kategori Bawah 18 dan 15 tahun di Kejohanan Catur MSSDHL 2017 ini. SYABAS!!D'BUKIT HEBAT..πŸ†πŸ†

Kejohanan Bola Baling MSSDHL Kategori P18

Kejohanan Bola Baling MSSDHL bagi kategori P18 telah berlangsung pada 10/4/17  manakala kategori L18 pada 11/4/17. Bagi kategori perempuan pasukan SMK Jln Bukit bertemu dgn SMK SAAS, SMK Saujana Impian dan Arab Ilmi. Pasukan SMKJB berjaya menewaskan Arab Ilmi dgn mata 5-0 manakala tewas dgn SMK SAAS dan SMK Saujana Impian. Pasukan lelaki pula bertemu pasukan SMKBTHO 2 , SMK Perimbun dan SMK Jln 3 tetapi tewas. Walaupun gagal ke peringkat seterusnya namun semangat yang tinggi ditunjukkan oleh para pemain.

Audition untuk 'So You Think You can Sing (JB got Talent)

Audition untuk 'So You Think You can Sing.( JB got Talent) telah diadakan pada 1 April 2017 : Masa: 8.30- 11.00 Tempat: Dewan Ilmu Anjuran: Persatuan Bahasa Inggeris Objektif: I) Mencungkil Bakat pelajar dalam bidang nyanyian II) Menggalakkan pelajar Bertutur dalam Bahasa Inggeris melalui aktiviti nyanyian

Kursus Jati Diri,Prinsip dan Amalan Koperasi

Pada 16 Mac 2017, Kursus Jati Diri,Prinsip dan Amalan Koperasi telah dijalankan di Anjung Muafakat. Program tahunan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan juga kemahiran guru-guru koperasi dan pengawas koperasi dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi sekolah. 

Bengkel Kepimpinan Bersepadu Unit Kokurikulum 2017

Bengkel Kepimpinan Bersepadu Unit Kokurikulum 2017 telah diadakan pada 1 Mac 2017 iaitu pada hari Rabu di  Dewan Auditorium Kolej New Era.  Bengkel ini disasarkan kepada AJK tertinggi kelab  persatuan, badan beruniform dan kelab permainan SMKJB, pengawas Pusat Sumber Sekolah, SPBT dan Koperasi sekolah yang yang melibatkan seramai 250 orang murid yang merupakan pelajar sesi pagi dan petang bagi tahun 2017. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan dan memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak. Selain itu, murid dapat menyemai keyakinan diri, dan mempunyai rasa tanggungjawab dan mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.

Kejohanan Badminton MSSS 2017

Pasukan Badminton Hulu Langat yang diwakili oleh 5 orang murid kita telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan Kejohanan Badminton MSSS.  Pencapaian murid sekolah kita adalah seperti berikut: 1. Dharshana      - doubles (johan),single (Ke-3) 2. Shaqeem         - single (Naib Johan) 3. Jimmy Chua   -single (Johan),doubles (Johan) 4. Chua Jing Yang - doubles ( Johan), single (Naib Johan ) Keempat-empat murid ini telah terpilih mewakili Selangor ke MSSM. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pasukan Badminton SMK Jalan Bukit πŸŽ–πŸŽ–πŸΈπŸΈπŸ†πŸ†

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 51 SMK JALAN BUKIT 2017

      Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-51 SMK Jalan Bukit 2017 merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Unit Kokurikulum SMK Jalan Bukit.  Kejohanan olahraga sekolah ini telah diadakan di Stadium UKM Bangi pada 23 Februari 2017.   Objektif kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru olahraga untuk diketengahkan ke peringkat kejohanan yang lebih besar khasnya Zon, Negeri dan Kebangsaan.Selain daripada itu, ia dapat meningkatkan daya saing pelajar dalam sukan olahraga secara sihat serta memenuhi kehendak Dasar 1M1S.