Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Perkhemahan Gabungan Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Selangor Siri 17- Karnival Pendidikan Luar

      Pada 13 November sehingga 15 November 2018 yang lalu, SMKJB telah menghantar seramai 38 orang murid yang terdiri daripada murid Tingkatan 1,2,3 dan 4 menyertai Perkhemahan Gabungan Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Selangor Siri 17- Karnival Pendidikan Luar.Perkhemahan tersebut telah diiringi oleh 4 guru pengiring iaitu Puan Wong Gek Chin, Pn.Rozana Mazlan, Pn.Hafzahaida dan juga Encik Asyraf. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali.          Terdapat 8 buat sekolah lain di sekitar negeri selangor yang turut menghantar menyertaan ke kem ini dan ia melibatkan hampir 500 orang murid dan guru pengiring.         Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ice Breaking, Aktiviti Pendidikan Luar seperti Rapelling, Wall Climbing, Berkayak, Berbasikal, Memanah, Formula 1, Dinamika Games, Ikhtiar Hidup, Merunut Hutan, Simpulan dan Ikatan serta Malam Kebudayaan           Murid SMKJB telah menyertai aktiviti yang berfaedah serta mencabar fizika

MAJLIS TEMU MESRA TINGKATAN 4A-4D NOVEMBER 2018

Majlis Temu Mesra merupakan salah satu program kurikulum bertujuan menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa / penjaga bertemu secara langsung dengan guru kelas atau guru-guru mata pelajaran anak mereka. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Nov 2019 melibatkan kelas- 4A hingga 4D di Dataran Ilmu.                                               

BARISAN PENTADBIR SMKJB 2018

PROGRAM SARAPAN KASIH SPM 2018

Program Sarapan Kasih merupakan satu lagi program Unit Kurikulum iaitu dengan menyediakan sarapan kepada calon SPM 2018 sepanjang kertas wajib SPM.  Sarapan pagi adalah sangat penting kerana dapat m eransang pemikiran dan mencerdaskan minda semua murid setiap pagi sebelum mereka menjawab peperiksaan. Adalah diharapkan program ini dapat melonjakkan lagi kecemerlangan semua murid dalam peperiksaan SPM pada tahun ini.                 Pengetua Cemerlang Pn Hajah Roslina bt Che Omar turut sama mengedarkan sarapan pagi untuk calon-calon SPM 2018 Semua guru terlibat mengedarkan makanan dan minuman kepada murid                                        

MAJLIS RESTU ILMU CALON SPM 2018

Demi m e ndapat keberkatan ilmu yang telah dipelajari dari guru-guru , majlis restu ilmu telah diadakan pada 9 November 2018. Semua murid   m e mohon kemaafan dan restu dari guru, oleh itu akan wujudlah  hubungan yang harmoni di antara para guru dan murid.