Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PT3 2019

Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid PT3 2019 atas kejayaan yang telah dicapai. Teruskan berusaha kerana ini merupakan titik permulaan masa depan anda yang lebih jauh lagi...... TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PARA GURU YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENCURAHKAN ILMU DAN BAKTI SEPANJANG 3 TAHUN MURID-MURID INI MENUNTUT ILMU DI SMK JALAN BUKIT.......

MAJLIS APRESIASI UBK & SPBT

Majlis Apresiasi UBK dan SPBT telah disempurnakan pada 29 November 2019 (Jumaat) bertempat di Restoran Seoul Garden My Town Cheras. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengacara Majlis saudari Ameera, bacaan doa oleh saudara Haziq, ucapan wakil pelajar oleh saudari Umaadevi, amanat dari Pn.Ruzihan bt Jantan, PK HEM SMKJB dan disempurnakan oleh Pn.Norkhaliza bt A.Jalil, PK Akademik SMKJB. Majlis yang mengumpulkan seramai 67 orang tetamu terdiri dari para pentadbir dan YDP PIBG SMKJB, pengawas PRS dan SPBT, guru kaunseling dan SPBT serta alumni PRS. Program yang bertujuan mengikhtiraf sumbangan murid dan meraikan murid tingkatan 5 yang bakal meneruskan perjuangan di peringkat pengajian seterusnya diharapkan dapat menyuntik inspirasi dan motivasi bagi memastikan delegasi kemenjadian murid dari aspek kepimpinan dapat diteruskan dan ditingkatkan. Berkonsepkan kasual dan elegan dengan tema warna putih menjadi pilihan bagi tahun 2019 serta menu pilih

'ENRICHMENT CAMP' Tingkatan 4

Program selama 2 hari bermula 13/11 hingga 14/11 bertempat di Kolej Universiti New Era, Kajang.  Seramai 32 orang murid tingkatan 4 terlibat di dalam program ini.  Program anjuran KU New Era bersama dengan beberapa buah lagi sekolah di sekitar Hulu Langat.  Aktiviti bermatlamat untuk membantu meningkatkan kemahiran belajar murid dalam matapelajaran Matematik dan Sejarah. Bergerak Senada dBukit dPersada. Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

PROGRAM Anugerah 'be the SPM CHAMPION'

Program yang dilaksana sebagai penutup Program Champion oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 1 November 2019,  bermatlamat untuk membantu meningkatkan pencapaian SPM (kualiti).  Seramai 117 orang murid-murid tingkatan 5 yang telah berjaya berada kedudukan kelompok 10 terbaik percubaan SPM dan menunjukkan pengecilan nilai GPS berbanding PPT telah dihargai usahanya dengan coklat.   Program yang dilaksanakan secara berfasa diharapkan dapat menyuntik motivasi agar calon SPM dBukit terus berusaha mencapai kecemerlangan. Bergerak Senada dBukit dPersada. Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

PROGRAM SELEPAS PT3 2019

Program Selepas PT3 dilaksana selama 7 minggu bermula selepas tamatnya peperiksaan PT3. Program taklimat bersama PK HEM, Unit Bimbingan & Kaunseling bertindak sebagai penyelaras Program Selepas PT3. Tuan Pengetua turut menyampaikan amanat bagi memastikan murid-murid menyedari kepentingan pelaksanaan program. Pelaksanaan sederap bagi memastikan murid mendapat manfaat bagi membuat persediaan melangkah ke tingkatan 4 ( menengah atas ). Program bermulanya dengan taklimat dan ice breaking.  Murid tingkatan 3 telah dipecahkan kepada 7 kumpulan stimulasi kelas tingkatan 4. Pelbagai program telah dilaksana bagi meningkatkan pengetahuan murid bagi memastikan sahsiah mereka dapat dibangunkan dan diisi dengan mesej bermanfaat. Slot dari APU berkaitan 'kesedaran bahaya siber' dan AADK berkaitan 'bahaya rokok dan vape' diharap dapat mengalakkan murid-murid agar mengamal budaya hidup sihat. Program Nilam oleh PSS SMK Jalan Bukit. Pelancaran Bulan Kece