Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD HULU LANGAT 2018

Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Hulu Langat telah berlangsung di MAEPS Serdang pada hari Khamis 25 Januari 2018,   Seramai 28 orang murid telah mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut. Pasukan SMK Jalan Bukit telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori Perempuan Kelas 2 berkumpulan. Enam orang atlet telah berjaya mendapat pingat mengikut kategori masing-masing. Kategori Perempuan Kelas 2: No 9  Vaishnavi No 12 Hew Xin Lan No 19 Alicia Vazlynn Kategori Lelaki Kelas 1: No 2 Kishotran No 5 Tee Soo Wan Kategori Lelaki Kelas 2: No 3 Selva Raj Tahniah dan Syabas untuk semua atlet dan guru yg terlibat khususnya Pengurus Pasukan Cik Nur Diyana dan Jurulatih Pn. Santhana Marry serta guru-guru yang terlibat iaitu En. Asyraf, Cik Izzati, Pn. Sita Hajara dan Pn. Norhapida.

KEJOHANAN BADMINTON MSSD HULU LANGAT 2018

Kejohanan Badminton peringkat Daerah Hulu Langat telah diadakan pada 22 hingga 25 Januari 2018 bertempat di Orion Sports, Beranang. Pasukan sekolah kita telah mendapat Naib Johan keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Antara pencapaian yang diraih ialah Johan Bergu L18, Johan Perseorangan L15 dan L18, Naib Johan Perseorangan L15, L18 dan P18 serta Tempat Ke-3 bersama Bergu L15. Muhammad Shaqeem Eiman terpilih sebagai pemain lelaki terbaik. Seramai 7 orang pemain terpilih untuk mewakili daerah iaitu  Muhammad Shaqeem Eiman , Jimmy Wong, Kenny Khew Han Yan, Kong Yi Ming, Kong Zhong Li, Chua Jing Yang dan Yuvetha. Tahniah dan syabas untuk semua pemain dan guru penasihat yang terlibat iaitu Pn. Jamilah, Pn. Faridah, Pn. Puteri Fa irose, Pn.Wong dan Pn. Noraini. 

KILAUAN PERMATA TINGKATAN 3 DAN 5

LAPORAN : KILAUAN PERMATA 3 DAN 5 Objektif: a) Mengulangkaji konsep-konsep mata \pelajaran yang telah dipelajari b) Menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat c) Meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan PT3/SPM Maklumat Pelaksanaan : Aktiviti             : Kelas tambahan untuk murid-murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 Tarikh              : 27 Januari 2018 (Sabtu) Tempat             : Bilik Darjah Sasaran            : Semua murid tingkatan 3 dan 5 Perbelanjaan     : Peruntukan PPA Laporan Aktiviti : Aktiviti berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kekuatan: 1. Kehadiran dan komitmen guru-guru amat baik. 2. Murid-murid yang hadir menepati masa yang telah ditetapkan. Kelemahan: Tidak semua murid hadir seperti yang disasarkan.           Penambahbaikan: 1.Pihak pentadbir telah mengambil tidakan tegas terhadap murid yang tidak hadir. 2.Kempen serta makluman kepada murid dan ibu bapa akan diteruskan serta

MAJLIS KHATAM AL QURAN OWOJ 1

LAPORAN : MAJLIS KHATAM AL QURAN OWOJ 1 Objektif: a) Menanamkan kecintaan pada guru-guru agar berterusan membaca Al Quran b) Memupuk Silatur Rahim di kalangan gur-guru Asbab Al Quran Maklumat Pelaksanaan : Aktiviti             : Majls Khatam Al Quran Owoj Tarikh              : 26 Januari 2018 @ Jumaat Tempat             : Surau Jabal Nur SMK Jalan Bukit, Kajang Sasaran            : Semua guru wanita Islam Perbelanjaan     : Infa’ Guru-guru Laporan Aktiviti : Majlis ini bermula pada pukul 12.45 tengahari dipimpin oleh Ustazah Zunaida. Para guru yang telibat telah mengambil tempat di bahagian hadapan surau. Al Quran yang tersusun diatas rehal-rehal telah siap disediakan kan oleh murid-murid yang sukarela bersama membantu dan memeriahkan majlis. Doa khatam telah dipimpin oleh Ustazah Radhiah.. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran puan pengetua yang telah berucap sebelum majlis berakhir.Guru-guru yang hadir diberi dua jam untuk LADAP. Majlis bersurai den

TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK PT3

LAPORAN : TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK PT3 TAHUN 2018 Objektif: a) Murid boleh   mengenalpasti dan memahirkan diri dengan soalan matematik berformatkan PT3 b) Murid boleh   mengenalpasti teknik-teknik menjawab soalan matematik PT3 Maklumat Pelaksanaan : Aktiviti             : Teknik Menjawab Matematik PT3 Tarikh              : 25 Januari 2018 ( Khamis ) Tempat             : Dataran Ilmu Sasaran            : Tingkatan 3 AB hingga   3E Perbelanjaan     : Tiada Laporan Aktiviti : Penceramah memberikan teknik-teknik menjawab PT3   kepada semua murid bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi dengan bantuan bahan-bahan yang dipancarkan kepada skrin. Kekuatan: 1. Penceramah memberi semangat kepada semua murid 2. Murid-murid menunjukkan minat Kelemahan: 1. Prasarana yang kurang selesa kerana murid bersila   dan tiada meja 2. Kekangan masa         Penambahbaikan: 1. Tempat ceramah perlu di tingkatkan keperluan asas seperti kerusi dan meja