Skip to main content

MINGGU ORIENTASI MURID TINGKATAN PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 TAHUN 2018


MINGGU ORIENTASI TINGKATAN PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 TAHUN 2018

        Program Orientasi murid murid Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1Sesi 2018 yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan &Kaunseling ( UBK ) dengan kerjasama unit Disiplin dan Unit Pusat Sumber Sekolah di bawah Bidang HEM telah dilaksanakan pada 2 Januari hingga 4 Januari 2018.
       Program ini telah disusun dan dijalankan sebagai salah satu aktiviti tahunan sekolah yang wajib dilaksanakan oleh UBK.Ianya bertujuan mencapai objektif program yang berperanan menyediakan murid murid dengan persediaan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi menghadapi proses pembelajaran dalam persekitaran yang baharu  dan  menyesuaikan diri murid dalam suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
        Persediaan awal yang mantap amat perlu bagi menjana dan melahirkan murid murid yang cemerlang.  Ia juga sebagai pemangkin murid untuk hadir ke sekolah dengan perasaan yang ceria disamping meningkatkan ilmu pengetahuan, pendedahan maklumat kerjaya dan pembangunan sahsiah diri mereka.
       Antara aktiviti aktiviti sebagai pengisian program adalah seperti berikut :

       *    Taklimat Penyelaras Program Orientasi Tingkatan Peralihan dan Tingkatan1 oleh Pn Hjh                     Zaharah bt Bachek. ( GKSM )
       *    Bicara Pentadbir
             - Ucapan daripada Pn Hjh Norkhaliza bt Abdul Jalil ( Pk Pentadbiran SMKJB)
             - Ucapan daripada En Muhammad hafidz Bin Abdullah ( PK HEM SMKJB)
             - Ucapan daripada Pn Hjh Ruzhan bt Jantan ( PK KOKO SMKJB)
             - Ucapan daripada Pn Hamidah bt Abdul latif ( PK Petang SMKJB )
       *    Taklimat  Penyelaras Pusat Sumber Sekolah oleh Pn Haslinda bt Basri.
       *    Taklimat Ketua Guru Disiplin Sesi Petang oleh Pn Maslina bt Makmor.
       *    Pemeriksaan kekemasan diri murid.
       *    Pengurusan kelas
       *    Slot  'Love u SMKJB'
       *    Slot Nyanyian Lagu Sekolah
       *    Slot Suara Murid
     Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

1Malaysia Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah
" Bergerak Senada d'Bukit d'Persada







         

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...