Friday, January 13, 2017

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4
TAHUN 2017
BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH

Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif program adalah untuk:

*Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya.
*Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM.
*Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
*Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah.

Pengisian program adalah seperti berikut :

*Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
*Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
*Ucapan Penolong Kanan Akademik
*Taklimat matapelajaran matapelajaran Tingkatan 4
*Taklimat Penyelaras Tingkatan 4.
*Taklimat sistem meritokrasi untuk melanjutkan pelajaran.
*Ceramah laluan kerjaya .
*Takilmat Pusat Sumber Sekolah
*Program NILAM
*Pengurusan kelas.
*Pendaftaran aktiviti kokurikulum

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti  amat dihargai dan dapat diteruskan di masa hadapan. Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada pentadbir,guru-guru yang secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini
     d'Bukit Bebas DARVIH

Bergerak Senada d'Bukit d'persada




No comments:

Post a Comment