Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

PAMERAN PPDa SEMPENA PELANCARAN SEKOLAH BEBAS DADAH dan HARI KERJAYA DAERAH.

Pameran dilaksana di SMK Kajang Utama   atas jemputan penganjur bagi merealisasikan usahasama dan kepercayaan SMK Jalan Bukit sebagai wakil Daerah di Pertandingan Laluan PPDa peringkat kebangsaan.  Bahan pameran terdiri daripada bahan inovasi, perkongsian sistem fail dan model DARVIH.  Skuad PPDa memainkan peranan bagi memperlihatkan kemenjadian murid dalam pelaksanaan program ini.  Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan dalam pelaksanaan visi dan misi PPDa. Jom Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

KURSUS KEPIMPINAN KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

Kursus Kepimpinan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini telah dilaksana pada 16 Februari 2019 (Sabtu) bertempat di Dataran Ilmu.  KT dan PKT dari kelas Peralihan hingga tingkatan 5 telah menghadiri program bermula jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari.  Aktiviti dilaksana berbentuk modul bagi meningkatkan tahap kepimpinan, keyakinan dan kemahiran interpersonal.  Setiap kumpulan turut membuat pembentangan kumpulan bagi merumuskan apakah peranan mereka sebagai seseorang pemimpin dalam konsep KT dan PKT.  Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4 diberi peranan sebagai urusetia dan fasilitator program bagi melancarkan dan menjayakan program. Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

PAMERAN KERJAYA (Kemahiran) Find Ur Potential

Program Cakna Kerjaya ini turut menjemput ibubapa, bertujuan untuk membuka peluang ibubapa bagi mendapatkan maklumat untuk membantu perancangan masa hadapan murid. Program yang dilaksana pada 28 Februari bertempat di Dataran Ilmu disertai oleh IPTS Kemahiran dan Kolej Vokasional Kajang. Selain dari pameran Taklimat berkaitan program kemahiran didedahkan kepada murid sasaran. Semoga usaha yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada murid-murid khasnya. Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

KELAS KILAUAN PERMATA 3 DAN 5 TAHUN 2019

Kelas Kilauan Permata merupakan salah satu program kecemerlangan unit kurikulum yang dijalankan setiap tahun. Objektif utama program ini adalah menyediakan ruang untuk semua murid tingkatan 3 dan 5 mengulangkaji konsep-konsep mata pelajaran yang telah dipelajari, me nguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan m eningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan PT3 dan juga SPM.  Pada tahun ini kelas KP 3 dan 5 akan diadakan pada setiap hari Sabtu minggu ke-2 dan ke-4. Berikut adalah jadual kelas KP 3 dan 5  pada tahun ini. Kerjasama dari ibu bapa amatlah diperlukan bagi menjamin kecemerlangan semua murid tingkatan 3 dan 5 pada tahun ini.                                                                         SMK JALAN BUKIT                                                                           JADUAL KILAUAN PERMATA  5     TARIKH              :            12 JANUARI 2019 / SABTU KEHADIRAN     :            KP3 = 209/296 (70.61%)                  

LADAP CPD PBD

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam PdP untuk melihat perkembangan, kebolehan, kemajuan dan penguasaan murid. PBD boleh dilakukan dalam tiga kaedah iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan. Perkara-perkara yang mesti dicatat dan dilaporkan adalah rekod perkembangan murid, muat turun templet PBD-BPK, merekodkan dalam templet PBD dan dihantar dua kali setahun. Catatan dan laporan ini mestilah atas pertimbangan profesional iaitu pengetahuan, tanggungjawab profesional, input murid dan pengalaman. Perkongsian disampaikan oleh Pn Rosni pegawai dari PPDHL

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum kali Pertama 2019

Pada 18 Februari 2019,Perhimpunan Bulanan Kokurikulum kali Pertama 2019 telah dijalankan dan dikendalikan oleh pasukan badan beruniform Kadet Polis SMKJB. ASP Jamaludin Bin Ahmad, Ketua Unit Koordinasi Sumber Sokongan, Kepolisian  Komuniti dan Pendataan telah menerima tabik hormat daripada Pengerusi Kadet Polis saudari Siti Arishah bt Maskur (5E).Syabas kepada pasukan Kadet Polis kerana berjaya mengendalikan perhimpunan dengan lancar.

Kejohanan Tenis Menengah dan Rendah MSSDHL 2019

Tahniah kepada pasukan tenis SMKJB kerana berjaya mendapat johan keseluruhan Kejohanan Tenis MSSDHL 2019 (Kategori Sekolah Menengah).

Program Majlis Pandu Puteri Ranjer Daerah Hulu Langat 2019

Pada 15 Februari 2019 bertempat di SMK Saujana Impian, 3 orang wakil Renjer Puteri SMKJB telah menyertai Pertandingan Binaan Gajet Papan Kenyataan. Mereka terdiri daripada Nurin (5D),Eswarry (4B),Meeshalini(5C) dan Nur Aina (5A). Pasukan tersebut telah berjaya mendapat tempat ketiga.Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga kepada guru pembimbing mereka.

Kejohanan Bola Keranjang MSSDHL 2019

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Keranjang SMK Jalan Bukit walaupun hanya berjaya mara ke Peringkat Suku Akhir tetapi telah menunjukkan semangat kerjasama dan kesukanan yg baik.Teruskan usaha untuk tahun hadapan.

Kejohanan Merentas Desa kali ke 53 SMK Jalan Bukit 2019

Pada 18 Januari 2019, Kejohanan Merentas Desa kali ke 53 SMK Jalan Bukit telah diadakan. Syabas kepada Rumah Biru kerana telah memenangi kejohanan tersebut.

Latihan Rumah Sukan Kali pertama 2019

Latihan Rumah Sukan SMKJB telah bermula pada 15 Januari 2019. Jadual latihan ialah hari Selasa bagi Rumah Ungu dan Hijau manakala pada hari Khamis bagi Rumah Kuning,Merah dan Biru.Latihan tersebut diadakan di Padang SMK Jalan Bukit.