Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

HARI PANDU PUTERI DAERAH HULU LANGAT 2018

     Tahniah kepada wakil Renjer Puteri SMKJB iaitu : Nur Aina 4A dan Nurin Jazlina 4A. Masing-masing telah memenangi tempat ke 2 manakala Elly Junin Gaisas (4A),Nik Anis Sofia Bt Nik Mohd Arif (4A),Chang Wen Xin (4A) dan Syafika Farhana (4C) telah mendapat Saguhati kategori Team Building Peringkat Daerah.Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pandu Puteri Daerah Hulu Langat telah diadakan pada 23 Februari 2018 bertempat di SMK Saujana Impian,Kajang,Selangor.      Pasukan Renjer Puteri SMKJB juga menyertai Pertandingan Boling Peringkat Daerah pada 24 Feb 2018 dan diiringi oleh Pn.Siti Karteni Yusoff sempena Hari Puteri Daerah Hulu Langat tesebut. Wakil Renjer Puteri SMKJB yang terdiri daripada Syafika Farhana,Nur Aina bt Abd Wahab dan Nur Farah Edlina telah mendapat saguhati boling daerah yang diadakan di SuperBowl Kawad Kaki Daerah Hulu Langat pada tahun 2018.Syabas kepada pasukan Renjer Puteri SMKJB.

Kejohanan Badminton MSSM 2018

Pemain Badminton SMKJB iaitu saudara Shaqeem Eiman yang mewakili Selangor telah berjaya mendapat Naib Johan Perseorangan dan Naib Johan Bergu Campuran dalam Kejohanan Badminton MSSM 2018 yang berakhir pada 25 Mac 2018 di Port Dickson, Negeri Sembilan.Tahniah diucapkan dan semoga terus mencapai kecemerlangan.

Pertandingan 4th SKBJ Junior Chess Championship 2018 Peringkat Kebangsaan dan Fide Rated Bawah 15

Pada 9 dan 10 Mac 2018 telah berlangsung pertandingan 4th SKBJ Junior Chess Championship 2018 Peringkat Kebangsaan dan Fide Rated Bawah 15 tahun. Pertandingan tersebut berlangsung di Dewan Besar SK Jelutong,Shah Alam. Wakil SMKJB telah memenangi pertandingan bagi kategori individu iaitu saudara Desrran Pereira telah mendapat Naib Johan dan kategori berpasukan yang disertai oleh Lee Eva, Ding Ming Han,Loh Jun Deng dan Desrran Pereira juga telah mendapat Johan.Tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah dan guru pembimbing Pn.Koh,Pn. Thiruchelvi dan Ustazah Radhiah.

Kejohanan Catur MSSDHL 2018

Pada 27 Mac 2018, SMK Jalan Bukit telah muncul sebagai Naib Johan berpasukan Kejohanan Catur MSSD Bawah 15 tahun yang berlangsung di SMKA Maahad Hamidiah. Dua orang pemain catur yang mewakili sekolah kita, Loh Jun Deng (3A) dan Desrran Pereira (2A) mendapat tempat ke6 dan ke10 dalam acara individu. Manakala pada 28 Mac 2018 juga telah berlangsung Kejohanan Catur MSSDHL Bawah 18 tahun di SMKA Maahad Hamidiah dimana pasukan SMKJB yg diwakili oleh Ahmad Adam b Mohd Daud(5B) ,Ahmad Adib b Mohd Daud(5C),Amirtha a/l Vaarshan(4A) dan Tejeshwara Maran (4A) ,  berjaya menjadi JOHAN Acara Berpasukan.  Amirtha juga berjaya mendapat kedudukan top 10 dengan mendapat tempat ke-6 . Seramai 130 murid dari 32 buah sekolah Daerah Hulu Langat telah menyertai Kejohanan ini.

Pertandingan Catur Terbuka 2018 SMK Jalan Bukit,Kajang

     Pada 17 Mac 2018 Kelab Catur SMKJB telah menjalankan Pertandingan Catur Terbuka SMKJB di Blok Murni SMKJB  jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari       40 murid dari sesi pagi dan petang telah menyertai Pertandingan tersebut .Guru Penasihat Kelab Catur yang hadir bersama ialah Pn Koh Kim Choo dan Pn Thiruchelvi A/P R. Ramasamy.    Objektif Pertandingan ini ialah untuk mencungkil bakat serta  mendapatkan wakil sekolah bagi Kejohanan Catur MSSDHL 2018 pada 27 dan 28 Mac 2018.Berikut adalah senarai pemenang: Pemenang Bawah 15 tahun adalah: 1.  Siow Yu Xian, 3A- Johan 2.  Loh Jun Deng, 3A - Naib Johan 3. Rikhshentiran A/L Ganesan,1A-tempat ke3 4. Tan How Teck, 3B- tempat ke4 5. Lee Evan , 3A - tempat ke5 Pemenang Bawah 18 tahun: 1. Amirtha Vaarshan A/L K.Pushparajan, 4A- Johan 2. Ahmad Adib Bin Mohd Daud, 5C- Naib Johan 3. Ahmad Adam Bin Mohd Daud, 5B - tempat ke3 4. Tejeshwara Maran , 4A- tempat ke4 5. Calvin Raj David, 4A - tempat ke5

MERENTAS DESA SMK JALAN BUKIT 2018

Pada 19 Januari 2018 (Jumaat), Kejohanan Merentas Desa SMK Jalan Bukit 2018 telah dijalankan. Kejohanan tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Kejohanan yang merupakan acara tahunan ini dapat m embina kecergasan fizikal dan mental selain daripada m emupuk semangat  kerjasama dikalangan warga D'Bukit  dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua . pihak untuk  menjayakannya.S emangat perpaduan juga dapat diwujudkan  dalam  kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah- rumah sukan .Kejohanan ini juga dijalankan untuk m emilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah Hulu Langat nanti. Syabas diucapakan kepada warga D'Bukit di atas kerjasama dan kelancaran Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Tahniah juga kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat pingat dalam acara kejohanan ini.

KEJOHANAN BADMINTON MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR 2018

Kejohanan Badminton MSSS telah berlangsung di Klang pada 5 hingga 8 Februari 2018, 4 orang pelajar SMK Jalan Bukit telah menyertai kejohanan tersebut iaitu Shaqeem Eiman, Chua Jin Yang, Jimmy dan Kenny yang mewakili sekolah telah mendapat pencapaian yang cemerlang. Kejohanan ini telah memberi impak yang positif kepada pasukan D'Bukit dimana mereka dapat memantapkan lagi teknik permainan dan menambahkan pengalaman di peringkat yang lebih tinggi.Tahniah!Semoga terus cemerlang di arena sukan Badminton!

BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK JALAN BUKIT 2018

B engkel  Kepimpinan Dan Pengurusan Kokurikulum  anjuran Unit Kokurikulum SMK Jalan Bukit telah dilaksanakan pada 2 Februari 2018 bertemakan  Pemimpin Cemerlang d’Bukit Gemilan g .  Peserta bengkel terdiri daripada  Pengerusi dan Setiausaha serta AJK tertinggi Kelab/Persatuan, Badan Beruniform dan Kelab Sukan Permainan  seramai 158 orang.  Fasilitator yang terlibat adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada Penyelaras unit  Kelab Persatuan, Badan Beruniform dan Kelab Sukan Permainan  dan dibantu oleh AJK Unit Kokurikulum SMK Jalan Bukit.  Program ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12,30 petang. Antara objektif program adalah untuk: a)   Memberikan peluang murid menunjukkan potensi diri sebagai pemimpin. b)  Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan c)  Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak. d)  Menarik minat murid terhadap aktiviti berpersatuan. e)  Menambah pengetahuan serta memberikan kesedaran tentang peluang kerjaya.