Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Kenaikan Pangkat ke DG54

Tahniah kepada Pn Choong Soo Mei dan Pn Sim Kay Shu yang telah dinaikkan pangkat ke DG54 mulai 1 Jan 2015. Semoga kenaikan gred ni menjadi motivasi kepada guru-guru yang lain dan terus mencipta kecemerlangan dalam bidang Sains dan Matematik di SMKJB. Daripada: Pn Hajah Roslina Che Omar Pengetua SMKJB editor's note: Seluruh warga SMKJB merakamkan sekalung tahniah untuk Pn Choong dan Pn Sim. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus berbakti di SMKJB.

Program Pecutan Akhir Cemerlang SPM 2015

Program Pecutan Akhir Cemerlang SPM 2015 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 12 Ogos 2015 bertempat di Auditorium Kolej Universiti New Era. Objektif program  ialah  menyuntik semangat pelajar SPM  supaya meningkatkan persediaan ke tahap maksima bagi mencipta kejayaan cemerlang. Penceramah program adalah pakar motivasi En Hilter Yew dari Biogenic Aura Crest Academy (BACA).Beliau di jemput sekali lagi berdasarkan penilaian  Program Pecutan Awal Cemerlang SPM  pada bulan Mac tahun ini menunjukkan pelajar amat berpuashati dan mengharapkan tips yang seterusnya dari penceramah. Majlis di mulakan dengan penyampaian button badge kepada 95 orang pelajar Champion oleh Pn Roslina Bt Che Omar selaku pengetua SMKJB. Dalam ucapan beliau mengharapkan pelajar-pelajar SPM kekal semangat dan bermotivasi tinggi utk menghadapi peperiksaan SPM. Antara intipati program ini ialah memastikan sasaran adalah jelas,pengurusan masa,kepentingan latih tubi , hormati maruah diri,persediaan