Monday, April 4, 2016

PROGRAM KILAUAN MUTIARA

Program Kilauan Mutiara  anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dijalankan pada 16 Februari dan 17 Februari 2016 untuk Tingkatan 4,  22 Mac hingga 25 Mac 2016 untuk Tingkatan 3 , 28 Mac hingga 31 Mac 2016 untuk Tingkatan 5.
Objektif Program ini adalah untuk memantapkan perkembangan diri murid supaya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan .
Modul yang dilaksanakan dalam program ini meliputi tajuk-tajuk kemahiran belajar, potensi dan personaliti  diri, motivasi dan pembangunan sahsiah diri.
Unit Bimbingan dan Kaunseling yang dapat menjalinkan kolaborasi yang baik dengan pelbagai institusi, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kpd Kolej  New Era ,Kolej Taylor ,Kolej Inti , Kolej Portman dan Kolej Despark di atas sumbangan demi menjayakan program ini serta penghargaan kepada pentadbir,  guru-guru dan anak-anak PRS  yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah
Bergerak Senada d'Bukit d'Persada.

No comments:

Post a Comment