Thursday, April 7, 2016

Pertandingan Catur Terbuka SMK Jalan Bukit 2016

Pada 12 Mac 2016 yang lalu, Kelab Permainan Catur telah menjalankan Pertandingan Catur Terbuka SMK Jalan Bukit 2016. Seramai 22 orang peserta dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut telah berlangsung di Blok Harmoni SMK Jalan Bukit dan diadakan sebanyak 5 pusingan. Pertandingan yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Pemenang pertandingan tersebut telah menerima piala kemenangan yang disampaikan oleh Pengetua SMK Jalan Bukit Puan Hajah Roslina Binti Che Omar.


No comments:

Post a Comment