Skip to main content

Kursus Kepimpinan Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan Sesi 2016

Kursus Kepimpinan Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan Sesi 2016 telah dijalankan pada 9 April 2016.
Program Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan merupakan salah satu daripada program-program yang dirancang oleh Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Badan Disiplin SMK Jalan Bukit.
Program ini diharapkan dapat mencapai objektif berikut:
*Melahirkan peserta-peserta yang berketrampilan, berdisiplin serta mampu membina jati diri yang berkarisma sebagai Pemimpin Masa Depan Yang Unggul.
*Memberi pendedahan ilmu yang bermanfa’at kepada semua peserta untuk menjadi pemimpin yang jujur serta ikhlas dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
*Menggalakkan ketua dan penolong ketua tingkatan supaya celik akal, berfikir secara positif dan sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang boleh dipercayai dan dicontohi oleh rakan sekelas serta rakan sebaya yang lain.
*Menjana keyakinan diri dalam kalangan ketua dan penolong ketua tingkatan agar berani memikul tanggungjawab seperti yang diharapkan oleh pihak sekolah.
*Membentuk Generasi Murid Bakal Pemimpin Masa Depan Yang Cemerlang Tanpa Dadah.
Program ini diketuai oleh Pn Siti Aula guru bimbingan dan kaunseling SMKJB yang banyak pengalaman dalam mengendalikan aktiviti ELAS.  Pelbagai pengisian aktiviti telah disusun dan diatur seperti ceramah kepimpinan dan aktiviti-aktiviti yang berbentuk simulasi .
Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada pentadbir ,guru-guru dan anak anak PRS yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.
Minda Cergas Tanpa Dadah,
Bersama Membentuk Generasi
Bebas Dadah.
Bergerak senada d'Bukit dipersada

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...