Friday, April 29, 2016

MAJLIS PENUTUPAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA,MINGGU PUSAT SUMBER DAN PPDa

Majlis Penutupan Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pusat Sumber dan PPDa 2016 telah diadakan pada 18 April 2016.
Objektif majlis penutupan adalah

1.  Memberi penghargaan kepada murid-murid yang layak
2. Menggalakkan murid-murid menyertai pertandingan
3. Mendedahkan murid-murid tentang bahaya dadah
4. Menerap budaya membaca dalam kalangan murid-murid
5. Memberi semangat daya saing dalam mencapai kejayaan
6. Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber sebagai gedung ilmu

Majlis diadakan pada waktu perhimpunan jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 9.00 pagi melibatkan semua murid Tingkatan 3, 4 dan 5 serta semua guru. Majlis penutupan dirasmikan oleh Puan Pengetua sendiri, Puan Hajah Roslina bt Che Omar.

Majlis Penutupan Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pusat Sumber dan PPDa 2016 bagi sesi petang pula dirasmikan oleh Penolong Kanan petang, Puan Hamidah bt Abdul Latif. Majlis diadakan pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 6.40 petang. Majlis dikendalikan sepenuhnya oleh Unit PSS dan Unit Nilam SMK Jalan Bukit dengan kerjasama Unit PPDa SMK Jalan Bukit Kajang.

Kedua- dua majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

No comments:

Post a Comment