Tuesday, April 7, 2015

Program Perkembangan Sahsiah


Pada 3 April 2015 Panitia Moral bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Perkembangan Sahsiah .Penceramah jemputan adalah Encik Shaik Faizul Bin Amir Bacha iaitu pensyarah dari Kolej Portman.
Beliau  menekankan bahawa  setiap pelajar haruslah berakhlak mulia, berdisiplin dan rajin semasa menuntut ilmu pengetahuan.Setiap orang mempunyai keunikan, rebut peluang yang ada dengan cara yg sihat barulah akan  berjaya.
Beliau meminta para pelajar  menghormati guru kerana guru merupakan insan yg bertanggungjawab mendidik anak-anak murid disekolah.
Beliau turut berkongsi pengalamannya semasa muda iaitu beliau bukanlah pelajar yang tergolong cemerlang tetapi akhirnya  berjaya memperolehi segulung ijazah dalam bidang undang-undang.



No comments:

Post a Comment