Skip to main content

NIE (Newspaper In Education)

Pada 26 MAC 2015 yang lalu, Panitia Bahasa Inggeris SMK Jalan Bukit telah menganjurkan NIE (Newspaper In Education). Program ini diadakan di Dewan Ilmu, SMK Jalan Bukit. Ko ordinator yang hadir merupakan bekas guru di sekolah ini iaitu Puan Mallika Vasugi. Puan Hajjah Roslina Omar, Pengetua SMK Jalan Bukit, turut hadir dan memberi galakan  dan motivasi kepada murid-murid serta guru-guru agar menjalankan program NIE di kelas masing-masing. 
Antara objektif program ini ialah: 
i.    Merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar. 
ii.   Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak         pemikiran  dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar. 
iii.  Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh        itu menjadikan pelajaran mereka lebih kekal. 
iv.  Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya       melalui cara-cara lain. 
v.   Menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mempercepat       perkembangan perbendaharaan kata. 
vi.  Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian       merangsangkan kegiatan seorang pelajar. 
vii.  Mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan        bacaan sukarela.  
Kepelbagaian kaedah dalam mengajar adalah penting. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam menjalankan program NIE ini adalah berpusat kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator, yang lebih menjurus kepada pembudayaan pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif.  Para pelajar akan merasa seronok belajar apabila guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran. Keseronokan dalam menjalankan aktiviti  akan  menyebabkan  mereka  minat  untuk  belajar dan guru dapat menerapkan input-input berkaitan dengan kreativiti dan inovasi dalam PdP,  supaya nanti institusi sekolah bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik semata-mata tetapi seorang pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam usaha membangun modal insan minda kelas pertama, seterusnya, memenuhi keperluan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. 





Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...