Friday, April 3, 2015

Kembara Kerjaya

Pada 28Mac 2015 Unit bimbingan dan kaunseling telah menganjurkan program Kembara Kerjaya bersama Kolej Universiti Antarabangsa Inti. Objektif program ini ialah memberi pendedahan lapangan kepada pelajar terhadap persekitaran pembelajaran di kolej iaitu peringkat  pembelajaran selepas SPM . Aktiviti berbentuk bengkel di dalam makmal komputer bagi membolehkan murid menyelami bidang kerjaya Multimedia,  Tech Gadgets,  Networking,  Programming  dan Software engineering. Seramai 106  mrd tingkatan 5 dan 10 orang PRS dan 3 orang guru kaunselor telah mengikuti program ini yang bertempat di Kolej Universiti Antarabangsa Inti ,Nilai, Negeri Sembilan. Program berlangsung sehingga pukul 2.30 petang dan turut dihadiri oleh 4 buah sekolah lain.




No comments:

Post a Comment