Skip to main content

Program Pecutan Awal SPM 2015


Program pecutan awal cemerlang SPM 2015 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 25 Mac 2015 bertempat di auditorium Kolej Universiti New Era. Objektif program ini ialah untuk menjana motivasi murid melalui persediaan awal bagi menyemai minda murid cemerlang
Penceramah program adalah pakar motivasi En Hilter Yew dari Biogenic Aura Crest Academy (BACA). Menurut kajian beliau ,berdasarkan statistik ramai murid sekolah mempunyai resisten ulangkaji awal dengan berbagai alasan,mereka fikir masa masih ada dan boleh tangguhkan ulangkaji. Faktor ini mengakibatkan murid leka dengan aktiviti yang mereka suka seperti sukan, persatuan, FB, mainan komputer dan sebagainya. Oleh itu, program ini dilaksanakan agar murid mampu mengimbangi keperluan bagi mencapai kecemerlangan akademik dengan lebih bersistem dan berkesan.
Program ini telah mendapat sambutan yg baik dalam kalangan murid tingkatan 5 di mana peratusan kehadiran pelajar mencapai sebanyak 83%. Unit bimbingan dan kaunseling mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kolej Universiti New Era di atas sumbangan demi menjayakan program ini serta penghargaan kepada Biogenic Aura Crest Akamemi (BACA) ,pentadbir,  guru-guru dan anak-anak PRS  yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam menjayakan program ini.
Bergerak senada d'bukit dipersada.





Comments

Popular posts from this blog

PinTas 2019

HALA TUJU SMK JALAN BUKIT KE ARAH TS25 PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS - 1)  2019  SMK JALAN BUKIT     BIDANG FOKUS 1    : PdPc GURU BERKESAN BERTERASKAN PAK21 CHAMPION               : PN HJH ROSLINA CHE OMAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN / ASPIRASI BIDANG FOKUS DATA DIKUMPUL TOV/ BASELINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN   SUMBER EVIDEN DAPATAN PENILAIAN KOS SEBENAR Guru Berkualiti PdPc Guru Berkesan berteraskan PAK 21 (berpusat murid, murid aktif belajar, guru kreatif, BBB dimanfaatkan ) Skor SKPMg2 Guru Pencapaian Peperiksaan Akhir Thun (PAT) Ting 1 dan 2 dan PT3 B Melayu, Sains, Matematik,

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.