Sunday, March 15, 2015

Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2015

Pada 12 Mac yang lalu Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat Zon Kajang telah diadakan di SMK Saujana Impian. Lima buah sekolah terlibat dalam pertandingan tersebut, iaitu SMK Saujana Impian, SMK(C) Yu Hua, SMK Jalan Bukit, SMK Convent dan SMK Sultan Abdul Aziz Shah. 

Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Pn. Zaiton bt Ismail, Pengetua SMK Saujana Impian. Sekolah kita telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan manakala Naib Johan pula ialah SMK Sultan Abdul Aziz Shah. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah bertungkus lumus merealisasikan impian kita untuk menjadi juara.


No comments:

Post a Comment