Skip to main content

Majlis Pelancaran PKKL dan AGP 2015


Majlis pelancaran Program Kembali ke Landasan (PKKL) dan Program Rimbunan Kasih (Amalan Guru Penyayang) yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling berlangsung serentak pada 23 Februari 2015.

Objektif PKKL ialah mengalakkan kehadiran murid ke sekolah serta menyemai rasa cinta kpd suasana dan persekitaran PdP di sekolah. Program lain yang dirancang bg memastikan pencapaian objektif PKKL  adalah seperti  Program Mentor Mentee dan pelbagai aktiviti sokongan telah dirancang oleh sekolah. 

Majlis pelancaran PKKL sesi pagi dilancar oleh Pengetua Pn Hajah Roslina bt Che Omar   manakala sesi petang disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang Pn Hamidah bt Abd Latip dan turut dihadiri Pen. Kanan HEM, En. Theng Kock Leing.

Program Rimbunan Kasih iaitu  Amalan guru penyayang (AGP) pula dimulakan tahun ini  dgn penyampaian cenderamata guru dan murid yg lahir bagi bulan Januari dan Februari. Objektif program AGP ialah untuk mewujudkan pengurusan persekitaran sekolah,guru dan kakitangan sekolah, murid, ibubapa serta komuniti yg saling bekerjasama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang.

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti PKKL dan AGP amat dihargai dan kekal berterusan. Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih dan Bergerak Senada d'Bukit d'Persada.









Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...