Skip to main content

ORIENTASI TINGKATAN 1 '2020

Program Orientasi Tingkatan 1 dan Tingkatan Peralihan Tahun 2020
Program ini telah dilaksanakan pada 3
Januari dan  6 Januari 2020
dirancang khusus untuk murid-murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Peralihan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah menengah khususnya SMKJB. Persediaan awal yang mantap dari segi emosi , mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.





Objektif yang diharapkan dapat dicapai melalui program ini adalah :
*Menyediakan murid untuk menghadapi suasana, prasarana dan budaya pdpc yang baharu.
*Menyampaikan informasi penting sekolah untuk tindakan dan pengetahuan murid.
* Setiap murid akan mempunyai Identiti Nasional.
*Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah.


Pengisian program seperti berikut
*Ucapan Pengetua
*Ucapan PK Pentadbiran

*Ucapan PK Koku

*Warna-warni Sekolahku :
Love U SMKJB
*Latihan Nyanyian Lagu Sekolah
*Taklimat PSS,NILAM Dan Pengawas PSS






BERGERAK SENADA d'BUKIT d'PERSADA
Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah






Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...