Skip to main content

PROGRAM JOM KE SEKOLAH SMK JALAN BUKIT TAHUN 2020

Program Jom Ke Sekolah peringkat SMK Jalan Bukit  telah diadakan pada 2 Januari 2020. Dua orang pegawai polis dari IPD Kajang iaitu ASP Jamaluddin bin Ahmad dan Sarjan Zakaria bin Abdullah telah hadir dan menyampaikan ceramah kepada murid-murid SMKJB .  Berikut adalah merupakan objektif program dan intipati ceramah yang disampaikan.


Objektif Program:
  • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  • Meningkakan peratus kehadiran murid ke sekolah.
  • Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah.
Intipati ceramah:

a)     Mengingatkan murid yang menunggang motosikal supaya sentiasa memastikan motor mereka mempunyai lesen yang sah, memakai topi keledar dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

b)    Mengingatkan murid supaya tidak terlibat dengan gejala tidak sihat seperti buli, gengsterisme dan vandalisme.  Pelajar senior disarankan supaya membimbing pelajar pelajar junior dengan sifat sifat positif demi kemajuan diri dan sekolah.
c)     Menghindarkan diri daripada kegiatan menghisap vape dan rokok.
d)    Murid perempuan sentiasa menjaga adab dan kesopanan diri.
e)     Sentiasa peka dengan kegiatan ‘scammer’.
f)     Menghindarkan diri daripada aktiviti dadah.










Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.