Wednesday, March 7, 2018

MERENTAS DESA SMK JALAN BUKIT 2018

Pada 19 Januari 2018 (Jumaat), Kejohanan Merentas Desa SMK Jalan Bukit 2018 telah dijalankan. Kejohanan tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Kejohanan yang merupakan acara tahunan ini dapat membina kecergasan fizikal dan mental selain daripada memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga D'Bukit dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua .pihak untuk  menjayakannya.Semangat perpaduan juga dapat diwujudkan dalam  kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .Kejohanan ini juga dijalankan untuk memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah Hulu Langat nanti. Syabas diucapakan kepada warga D'Bukit di atas kerjasama dan kelancaran Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Tahniah juga kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat pingat dalam acara kejohanan ini.











No comments:

Post a Comment