Skip to main content

Kejohanan Catur MSSDHL 2018

Pada 27 Mac 2018, SMK Jalan Bukit telah muncul sebagai Naib Johan berpasukan Kejohanan Catur MSSD Bawah 15 tahun yang berlangsung di SMKA Maahad Hamidiah. Dua orang pemain catur yang mewakili sekolah kita, Loh Jun Deng (3A) dan Desrran Pereira (2A) mendapat tempat ke6 dan ke10 dalam acara individu.

Manakala pada 28 Mac 2018 juga telah berlangsung Kejohanan Catur MSSDHL Bawah 18 tahun di SMKA Maahad Hamidiah dimana pasukan SMKJB yg diwakili oleh Ahmad Adam b Mohd Daud(5B) ,Ahmad Adib b Mohd Daud(5C),Amirtha a/l Vaarshan(4A) dan Tejeshwara Maran (4A) ,  berjaya menjadi JOHAN Acara Berpasukan. 

Amirtha juga berjaya mendapat kedudukan top 10 dengan mendapat tempat ke-6 . Seramai 130 murid dari 32 buah sekolah Daerah Hulu Langat telah menyertai Kejohanan ini.




Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...