Skip to main content

MAJLIS APRESIASI UBK & SPBT

Majlis Apresiasi UBK dan SPBT telah disempurnakan pada 29 November 2019 (Jumaat) bertempat di Restoran Seoul Garden My Town Cheras.


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengacara Majlis saudari Ameera, bacaan doa oleh saudara Haziq, ucapan wakil pelajar oleh saudari Umaadevi, amanat dari Pn.Ruzihan bt Jantan, PK HEM SMKJB dan disempurnakan oleh Pn.Norkhaliza bt A.Jalil, PK Akademik SMKJB.


Majlis yang mengumpulkan seramai 67 orang tetamu terdiri dari para pentadbir dan YDP PIBG SMKJB, pengawas PRS dan SPBT, guru kaunseling dan SPBT serta alumni PRS.



Program yang bertujuan mengikhtiraf sumbangan murid dan meraikan murid tingkatan 5 yang bakal meneruskan perjuangan di peringkat pengajian seterusnya diharapkan dapat menyuntik inspirasi dan motivasi bagi memastikan delegasi kemenjadian murid dari aspek kepimpinan dapat diteruskan dan ditingkatkan.
Berkonsepkan kasual dan elegan dengan tema warna putih menjadi pilihan bagi tahun 2019 serta menu pilihan steambot dan grill 'korean food'.

Majlis dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang disampaikan oleh Puan Nor Anis Faridah, YDP PIBG dan Puan Hajah Zaharah bt Bachek, mantan GBKSM SMKJB yang baru sahaja bersara pada 21 November 2019.

Kemeriahan majlis diteruskan dengan sambutan ulangtahun kelahiran guru dan murid bagi bulan kelahiran November dan Disember.  Murid tingkatan 5 turut menyumbang cenderamata dan kek bagi menghargai pentadbir dan guru SMK Jalan Bukit sepanjang 5 tahun perjalanan mereka di d'Bukit.
Pengawas PRS dan SPBT Tingkatan 5 menerima sijil penghargaan atas komitmen dalam membantu menjayakan tugasan di sekolah.


Penghargaan untuk alumni PRS yang hadir bagi menghargai usaha mereka yang telah membantu membangunkan Laluan PPDa SMK Jalan Bukit hingga berjaya ke peringkat Kebangsaan (tempat ke 3).




Anugerah Sanjungan Budi PRS pada 5 orang PRS yang bertindak sebagai tulang belakang aktiviti PRS (fasilitator) telah disampaikan kepada:
1) Nur Safiah Aqilah
2) Kreepa Shree 
3) Krena Shree
4) Tan Jia Hao
5) Nik Anis Sofea



Majlis ini turut menganugerahkan Saudari Umaadevi a/p Mohan dengan Anugerah Karisma Budi PRS atas khidmat beliau dalam membantu kepimpinan PRS bagi tahun 2019.
Anugerah Sanjungan Qaseh dBukit disampaikan kepada Pn. Hajah Zaharah bt Bachek bagi menghargai perkhidmatan beliau sebagai GBKSM di SMK Jalan Bukit.



Terima kasih diucapkan atas penyempurnaan majlis oleh Pn. Norkhaliza bt A.Jalil, PK Akademik, kehadiran tetamu jemputan terdiri dari YDP PIBG, Pn. Ruzihan bt Jantan, PK HEM; Pn. Norzihan bt Ismail, PK Petang dan Pn.Zaharah bt Ghazali, GKMP TVET

Selamat Datang diucapkan kepada GBKSM baru En. Abu Hassan bin Zainuddin.
BERGERAK SENADA d'BUKIT d'PERSADA
Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...