Skip to main content
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA / ZAKAT

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan barakah ini amalan bersedekah amatlah digalakkan, justeru itu Panitia Pendidikan Islam dan BAKTI Smk Jalan Bukit telah dapat mengumpul sumbangan dari warga SMK Jln Bukit beragama Islam untuk disampaikan kepada murid-murid asnaf zakat dan murid miskin sesi pagi dan petang. Majlis penyerahan sumbangan ini telah dijalankan pada hari terakhir persekolah iaitu pada 24 Mei 2019 (Jumaat) yang lalu.

Ucapan oleh Pn Hjh Roslina bt Che Omar, Pengetua Cemerlang SMKJB


Murid-murid  terpilih yang mendapat sumbangan



Ustazah Radhiah bt Idris KP Pendidikan Islam yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini


Barisan Pentadbir yang turut serta menjayakan majlis ini
Penyampaian sumbangan kepada murid sesi petang oleh Pn Hjh Norkhaliza A.Jalil PK Pentadbiran, Majlis telah diadakan di Surau Jabal Nur SMKJB.

                                          

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DIUCAPKAN KEPADA
SEMUA WARGA D'BUKIT YANG BERAGAMA ISLAM
       

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...