Skip to main content

PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AWAL KECEMERLANGAN SPM & PT3

 Program ini dilaksanakan pada 16 Januari 2019 bertempat di Kolej Universiti New Era.  Motivasi tingkatan 5 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
 Sementara Motivasi tingkatan 3 bermula jam 11 pagi hingga 1 tengahari.  Pengisian aktiviti berbentuk kemahiran belajar bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sains.
 Murid-murid didedahkan dengan teknik belajar secara kreatif agar mudah mengingat dan mencari kata kunci.
 Objektif program ini adalah untuk menyuntik semangat juang kepada murid agar berusaha mencapai tahap maksima melalui kaedah belajar yang menyeronokkan. Moga program ini dapat meningkatkan peratus pencapaian SPM & PT3 bagi tahun 2019.

Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Pusat Tuisyen Genius Arena dan Kolej Universiti New Era.
Terima kasih kepada semua PRS dan guru yang membantu bagi memastikan program ini berjalan lancar dan berjaya.
Bergerak Senada dBukit Hebat.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...