Skip to main content

MAJLIS TEMU MESRA 2018

Objektif:
1.    Menyediakan ruang dan peluang  kepada ibu bapa/ penjaga bertemu secara langsung dengan guru 
kelas atau guru mata pelajaran  anak mereka.
2.    Membantu meningkatkan prestasi akademik murid serta prestasi sekolah dalam bidang 
ko-kurikulum dan sahsiah.
3.    Menyediakan ruang kepada ibu bapa untuk mengetahui target/matlamat sekolah terhadap 
pencapaian peperiksaan anak-anak jagaan mereka.
Maklumat Pelaksanaan :
Aktiviti :        Temu Mesra dan Dialog Prestasi  
Tarikh :         5 Julai 2018
Tempat :       Bilik Darjah    
Sasaran :       Ibu bapa / Penjaga dan Murid-murid.
Perbelanjaan: -Tiada-           
Laporan Aktiviti :
Aktiviti berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua  guru,  ibu bapa dan murid. 
Kekuatan:
  1. Ahli jawatankuasa yang  berpengalaman.
  2. Disiplin terkawal, murid-murid dan ibu bapa yang hadir menepati masa .
  3. Program berjalan lancar dengan adanya kerjasama yang diberi oleh guru-guru dan murid-murid.
  4. Kehadiran ibu bapa meningkat berbanding dengan tahun 2017.
Kelemahan:
1.     Kehadiran ibu bapa kurang dari 50%. 
Penambahbaikan:

  1. Menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan agar dapat meningkatkan penglibatan ibu bapa /penjaga.





Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...