Skip to main content

LAWATAN PENANDA ARASAN UNIT PPDa SMK JALAN BUKIT KAJANG KE  KE SEKOLAH WATTHAYEE, SONGKHLA, THAILAND
OBJEKTIF:

1.    Meningkatkan maklumat dan pengetahuan murid tentang   penyalahgunaan dadah sehingga ke peringkat antarabangsa.
2.    Mendedahkan murid berkaitan aktiviti membanteras penyalahgunaan dadah
3.    Membentuk generasi sekolah bebas penyalahgunaan dadah.
4.   Mengamalkan 6 Aspirasi murid.

MAKLUMAT PELAKSANAAN :
Aktiviti :    Lawatan Penanda Aras ke sekolah Watthayee, songkhla, Thailand
Tarikh :     29 Julai  2018
Tempat :   Sekolah Watthayee , Songkhla , Thailand.
Sasaran : 10 orang murid Kelab Bimb. Kaunseling & Kerjaya dan squad PPDa      yang berminat.

LAPORAN AKTIVITI :
Program ini merupakan Program Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Putih (sekolah yang bebas daripada penyalahgunaan dadah ). Sekolah Watthayee , Songkhla merupakan Sekolah Putih yang dipilih oleh Kedutaan Thailand untuk kami lawati berdasarkan pencapaiannya didalam Program Sekolah Putih. Program yang dilaksanakan disekolah ini melibatkan murid-murid, ibubapa dan penduduk setempat dengan menyebarkan maklumat dan bertemakan Sekolah Bebas dadah atau jauhi dadah dan rokok. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk membina kemahiran murid-muridnya terutama sekali dalam berbahasa Inggeris , kepimpinan dan seni kraf tangan.

Aturcara Program :
2.30 ptg
Ketibaan Delegasi

Ucapan alu- aluan pengacara majlis  - Miss Siriphorn

Ucapan wakil Squad PPDa                                                                     -     Cik Nur Safiah Aqilah Binti Abdullah  -    Tingkatan 4A

Persembahan kebudayaan Thailand oleh murid- murid Sekolah Watthayee - Menora

Ucapan Director Watthaye School  - Mr.Wisoot Nhoourai

Ucapan Pengetua Cemerlang SMK Jalan Bukit, Kajang
-          Pn Hajjah Roslina Binti Che Omar

Persembahan tarian klasik India oleh salah seorang squad PPDa SMKJB                              
-          Cik Visshnupriya Moganan – Tingkatan 1A

Majlis Penyampaian Sijil dan pertukaran cenderamata

Lawatan kepameran kraftangan Sekolah Watthayee

Tayangan video
5.00 ptg
Majlis bersurai

GAMBAR AKTIVITI

Pengacara Majlis Cik Siriphorn memulakan agendanya

                             



Ucapan daripada Director Sekolah Watthayee Mr, Wisoot Nhoourai yang mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran para deligasi.




Pengetua Cemerlang SMK Jalan Bukit , Kajang , Pn Hjh Roslina bt Omar memeriahkan majlis dengan ucapannya.











Majlis juga diserikan dengan ucapan darpada YDP PIBG SMK Jalan Bukit, Kajang, Pn. Hjh Gulunara BIBI bt Noor Muhamed.











Ucapan daripada wakil Skuad PPDa SMK Jalan Bukit, Kajang Cik Nor Safiah Aqilah bt Abdullah.
















Persembahan Manora oleh murid-murid Sekolah Watthayee

Persembahan tarian Klasik India oleh Skuad PPDa , Cik Visshnupriya Moganan - Tingkatan 1A












                                             Melawat pameran




Tayangan Video








                                 



                                      Pertukaran Cenderamata

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...