Sunday, May 6, 2018

KLINIK BAHASA ARAB (FEBRUARI)

LAPORAN : KLINIK BAHASA ARAB (FEBRUARI)

Objektif:
a) Membantu pelajar yang gagal semasa ujian dianogstik untuk meguasai kemahiran asas di dalam bahasa Arab.
b) Memantapkan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan 1a dan 1b.
b) Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkahlaku positif serta menjauhkan diri daripada najis dadah.

Maklumat Pelaksanaan :
Aktiviti :Klinik Bahasa Arab  (Februari)
Tarikh :  12/2/2018
Tempat :Anjung Arabi, SMK Jalan Bukit
Sasaran : 14 orang murid tingkatan 3 Abu Bakar yang mendapat markah bawah 50% semasa Ujian Diagnostik 2 dan murid yang tidak mengambil Ujian Diagnostik 2 
Perbelanjaan: Tiada 

Laporan Aktiviti :
1.         Murid diajar ilmu Nahu dan Sorof bagi tajuk-tajuk tingkatan 2 (ulangkaji)
2.         Bimbingan kepada murid yang lemah dan tidak menguasai kemahiran asas bahasa Arab.

Kekuatan:
1.         Murid berpeluang untuk bertanya dan berbincang dengan guru jika mereka mempunyai masalah dalam memahami sesuatu tajuk tanpa merasa malu kerana jumlah murid di dalam program ini tidak ramai.
Kelemahan:
1.       Masalah kedatangan di kalangan murid lelaki kerana mereka terlibat dengan latihan raghbi dan bola sepak 
          untuk bertanding diperingkat zon.

Penambahbaikan:

1.         Guru telah menasihati mereka supaya hadir ke kelas dahulu sebelum ke latihan tersebut. Bahagikan separuh masa untuk kelas dan separuh lagi untuk latihan.


Membaca Buku Cerita untuk Menambahkan Perbendaharaan Kata

No comments:

Post a Comment