Skip to main content

PROGRAM DEMI MASA

PROGRAM DEMI MASA 2016

Program Demi Masa ini merupakan program yang diberi pembugaran semula dengan penambahbaikan dari program sebelum ini iaitu Program SLET (Sifar Lewat Tegar). Program ini adalah cetusan idea mantan PK HEM En. Theng Kock Leing bermula tahun 2014 yang objektifnya bagi mengatasi murid lewat ke perhimpunan yang sering menyebabkan data kehadiran lewat diambil. Rentetan itu, beliau menjana idea bagi merekod waktu kehadiran murid pada setiap hari dan dapat mengenalpasti hari murid tidak hadir sekolah. Program ini dikendalikan oleh Unit Disiplin di bawah seliaan Puan Mumtaz dan dibantu oleh guru-guru disiplin.

          Objektif program ini adalah untuk:
    1. Melahirkan murid yang lebih menghargai masa;
    2. meningkatkan prestasi akademik murid;
    3. memperkukuh sikap positif;
    4. menjaga personaliti murid
        Maklumat pelaksanaan program

                     Tarikh               :           Sepanjang tahun 

            Masa               :           waktu datang  dan balik sekolah

            Tempat            :           Bilik PK HEM SMK Jalan Bukit         
                                               
            Penglibatan     :           Murid yang lewat tegar

Laporan Program Demi Masa 2016
  •          Program yang mensasarkan 20 orang murid yang sering lewat datang ke sekolah iaitu selepas jam 7.20 pagi.
  • ·         Guru tingkatan atau guru disiplin melaporkan data kehadiran lewat murid tersebut kepada PK HEM dan murid tersebut akan dimasukkan ke dalam program ini.
  • ·         Murid yang disasarkan perlu datang mengetik kadnya sendiri pada setiap hari apabila sampai ke sekolah. Begitu juga masa sebelum balik ke sekolah.
  • ·         Mesin Pengetik Kad (Punch Card Machine) dan kadnya telah dibiayai kosnya oleh PIBG SMK Jalan Bukit.
  • ·         Bagi tahun 2016, program ini telah diiktiraf oleh pihak PPDHL sebagai program terbaik Amalan Disiplin kategori Sekolah Menengah dan mendapat JOHAN seterusnya mewakili daerah untuk dipertandingkan di peringkat negeri pada 7 September 2016. Hasilnya telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN peringkat Negeri.

 Kekuatan Program  
  • ·         Dapat memperkukuh sikap positif dari segi menjaga air muka murid.
  • ·         Dapat menerapkan dan memperkukuhkan nilai-nilai murni dengan menganugerahkan ganjaran kepada murid yang berjaya keluar dari program dengan jayanya.
  • ·         Dapat melahirkan murid-murid yang menghargai dan peka dengan kepentingan masa.
  • ·         Guru-guru tingkatan mempunyai penyelesaian kepada murid yang sering lewat.

 Kelemahan program  
  • Terdapat kos yang perlu dibiayai oleh pihak sekolah.
Cadangan penambahbaikan 
  • Melibatkan ibu bapa dalam memastikan kehadiran murid pada setiap hari dan hadir awal ke sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...