Skip to main content

PROGRAM UNIT HEM : TAKLIMAT PERATURAN SEKOLAH & ETIKA PAKAIAN

Pada 1 Februari 2017, satu program khas unit HEM khasnya berkaitan disiplin telah diadakan semasa aktiviti ko-kurikulum mingguan dari jam 7.30 - 8.20 pagi.

Program dibahagikan kepada 3 slot iaitu :

1) Taklimat peraturan sekolah dan SSDM merangkumi kes salah laku murid dan amalan baik. Slot ini dikendalikan oleh ketua guru disiplin sesi pagi Pn. Mumtaz Bee binti Abdul Aziz.
2) Taklimat etika pakaian sekolah yang perlu dipatuhi oleh setiap murid SMK Jalan Bukit. Peraturan pakaian hari Isnin iaitu hari perhimpunan rasmi-semua murid perlu berpakaian uniform sekolah dengan lengkap bertali leher. Tatacara pemakaian pakaian semasa hari PJPK dan Sukan. Slot ini dikendalikan oleh PK HEM En. Nagayaya A/L Muniandy.
3) Taklimat etika pakaian diteruskan oleh unit ko-kurikulum. Tatacara pakaian untuk setiap hari Rabu yang merupakan hari ko-kurikulum sekolah. Pakaian yang digalakkan untuk dipakai dan yang tidak boleh dipakai. Beberapa contoh dari murid-murid diketengahkan sebagai penerangan yang lebih jelas. Slot ini dikendalikan oleh Penyelaras Badan Beruniform iaitu Pn. Ummi Erna binti Shukri.






Pn. Mumtaz memberikan penerangan peraturan sekolah.






En. Nagaya memberikan penerangan etika  pakaian murid.




Pn. Ummi memberikan penerangan dan contoh pakaian uniform murid.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...