Skip to main content

Kem Kepimpinan Pengawas PSS, SPBT dan Koperasi 2016

Kem Kepimpinan Pengawas PSS, SPBT dan Koperasi 2016 telah diadakan pada 11 dan 12 Mac 2016 di Kem Raudah, Jalan Bentong Lama, Gombak anjuran Pusat Sumber SMK Jalan Bukit dan unit HEM.
Seramai 103 orang peserta dan 6 orang guru pengiring terlibat dalam Kem tersebut.
Objektif kem adalah untuk melahirkan pengawas yang berkepimpinan tinggi dan memupuk semangat jati diri yang kuat agar menjadi seorang yang bersedia menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang.
Kem bermula pada 11 Mac 2016, Jumaat pada jam 4.00 petang dan berakhir pada 12 Mac 2016, Sabtu pada jam 4.30 petang.
Pengisian sepanjang kem dua hari satu malam adalah seperti berikut :
Hari Pertama
1. LDK 1 - Pengenalan diri, pembahagian kumpulan
2. LDK 2 - Jati diri
3. LDK 3 - Kepimpinan
4. Night Walking

Hari Kedua
1. Kuliah Subuh bagi peserta Islam
2. Santai Pagi bagi peserta bukan Islam
3. LDK 4 - Botol Pecah
4. Senamrobik
5. Jungle Tracking
6. LDK 5 - Kapal Tenggelam
7. Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah
8. Majlis Bersalaman serta sesi fotografi
Peserta kem bertolak balik ke sekolah pada jam 4.45 petang dan sampai di sekolah pada jam 5.45 petang.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...