Skip to main content

Program Pecutan Akhir Cemerlang SPM 2015

Program Pecutan Akhir Cemerlang SPM 2015 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 12 Ogos 2015 bertempat di Auditorium Kolej Universiti New Era.
Objektif program  ialah  menyuntik semangat pelajar SPM  supaya meningkatkan persediaan ke tahap maksima bagi mencipta kejayaan cemerlang.
Penceramah program adalah pakar motivasi En Hilter Yew dari Biogenic Aura Crest Academy (BACA).Beliau di jemput sekali lagi berdasarkan penilaian  Program Pecutan Awal Cemerlang SPM  pada bulan Mac tahun ini menunjukkan pelajar amat berpuashati dan mengharapkan tips yang seterusnya dari penceramah.
Majlis di mulakan dengan penyampaian button badge kepada 95 orang pelajar Champion oleh Pn Roslina Bt Che Omar selaku pengetua SMKJB. Dalam ucapan beliau mengharapkan pelajar-pelajar SPM kekal semangat dan bermotivasi tinggi utk menghadapi peperiksaan SPM.
Antara intipati program ini ialah memastikan sasaran adalah jelas,pengurusan masa,kepentingan latih tubi
, hormati maruah diri,persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan. Penceramah turut menyarankan satu motto kepada calon SPM iaitu 'Jadikan buku sahabat kamu, dan kawan sebagai musuh kamu' bermaksud penggunaan masa secara optima dengan sentiasa memastikan buku ada di tangan pelajar.
Unit bimbingan dan kaunseling mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kpd Kolej Universiti New Era di atas sumbangan demi menjayakan program ini serta penghargaan kepada Biogenic Aura Crest Akamemi (BACA) ,pentadbir,  guru-guru dan anak-anak PRS  yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam menjayakan program ini.
Bergerak senada d'bukit dipersada.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...