Saturday, February 14, 2015

Kursus kepimpinan ketua dan penolong ketua tingkatan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling  berlangsung pada 7 Februari 2015   (Sabtu). Majlis dibuka dengan ucapan Pn.Hamidah bt. Abd. Latif, PK Petang yang menekankan peranan ketua & penolong tingkatan yang amat penting kepada sekolah selaku individu yang diberi kuasa membantu dalam kawalan dan kelancaran pengurusan kelas.

Majlis Penutup disempurnakan oleh Pn.Roslina bt Che Omar, Pengetua SMKJB bagi terus menyuntik dan memantapkan  kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan.  Oleh itu, objektif program ini meningkatkan tahap kepimpinan ketua dan penolong ketua tingkatan bagi menjayakan tangungjawab tersebut. Di samping itu, program ini diharapkan dapat membina sahsiah dan ketrampilan murid selaku pemimpin kecil sekolah yg berwibawa, cekal,berdaya,maju dan berinovatif.




No comments:

Post a Comment