Skip to main content

Persiapan Pembukaan Semula Sekolah Pasca Covid 19



GOTONG ROYONG ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID SMK JALAN BUKIT, KAJANG


Unit HEM, SMK Jalan Bukit, Kajang, telah mengadakan sesi gotong royong bagi memastikan prasarana sekolah dan bilik darjah berada dalam keadaan yang selamat mengikut SOP yang telah ditetapkan, sempena pembukaan sekolah pasca PKP yang akan bermula pada 24.06.2020 nanti. 


Antara objektif program ini adalah sebagai mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani wabak Covid 19. Selain itu, ia juga adalah untuk menyediakan kawasan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selamat bagi semua guru dan murid SMK Jalan Bukit. 


Gotong-royong UNIT HEM mendapat kerjasama guru-guru dan ajk PIBG telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 9.06.2020 dan 11.06.2020. 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari tersebut adalah, mengecat tanda anak panah di laluan murid, menanda garis penjarakan sosial di tempat-tempat seperti di luar tandas, kantin dan di kawasan Dataran Ilmu. Selain itu, kerja-kerja menyusun meja dan kerusi murid di dalam bilik darjah serta menyediakan stesen mengambil suhu murid.

Kerjasama dan komitmen semua pihak telah menjayakan program ini.




















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2017 BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif program adalah untuk: *Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. *Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM. *Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehw...