Skip to main content

PROGRAM KENDIRI BERSAMA UNIT DISIPLIN

Program kendiri di jalankan dengan objektif murid mengenal pasti kekemasan diri sebagai seorang murid yang menepati peraturan sekolah. Memulakan sesi persekolahan 2018, taklimat dan prosedur spot check telah dijalankan oleh unit Disiplin bagi memastikan semua murid mematuhi etika pemakaian uniform yang betul.

Spot check dijalankan oleh PK HEM En. Hafiz , guru-guru disiplin dan dibantu oleh pengawas sekolah.

Taklimat ringkas dilaksanakan oleh Ketua Disiplin sebelum spot check. Nama murid yang melanggar peraturan akan diambil dan diberi amaran.

Spot check pertama 2 Januari 2018
sesi pagi 7.20 pagi 







Spot check kali kedua 4 Januari 2018








Murid- murid yang masih ingkar dengan peraturan sekolah akan diberikan amaran dan ibu bapa akan dimaklumkan berkenaan salah laku murid tersebut untuk tindakan seterusnya.



Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.