MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2018
Program Minggu Orientasi murid murid Tingkatan 4 sesi 2018 yang dilaksanakn oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling( UBK ) dengan kerjasama Unit Kurikulum,Unit Kokurikulum, Unit Disiplin dan Unit Pusat Sumber Sekolah di bawah Bidang HEM telah dilaksanakan pada 2 Januari hingga 4 Januari 2018.
Program ini telah disusun dan dijalankan sebagai salah satu aktiviti tahunan sekolah yang wajib dilaksanakan oleh UBK. Ianya bertujuan mencapai objektif program yang berperanan menyediakan murid-murid dengan persediaan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi menghadapi proses pembelajaran dalam persekitaran yang baharu dan menyesuaikan diri murid dalam suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
Persediaan awal yang mantap amat perlu bagi menjana dan melahirkan murid-murid yang cemerlang. Ia juga sebagai pemangkin kepada mereka untuk hadir ke sekolah dengan perasaan yang ceria di samping meningkatkan ilmu pengetahuan, pendedahan maklumat kerjaya dan pembangunan sahsiah diri mereka.
Antara aktiviti-aktiviti sebagai pengisian program adalah seperti berikut :
"1Malaysia Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah
"Bergerak Senada d'Bukit d'Persada"

- Taklimat murid Tingkatan 4 oleh Pn Nik Nurhayati bt Nik Muhammad, Penyelaras tingkatan 4.
- Bicara Pentadbir
- Taklimat Program Nilam oleh Pn. Kamaliza dan Pn Haslinda bt Basri, Penyelaras PSS SMKJB.
- Taklimat kurikulum oleh Pn Norkhaliza bt A.Jalil, PK 1 SMKJB.
- Taklimat ko-kurikulum oleh Pn Ruzihan bt Jantan, PK Koku Bersama Pn .Hamimah SU Kokurikulum SMKJB.
- Taklimat Disiplin oleh En. Muhammad Hafiz b. Muhammad, PK HEM SMKJB.
- Pemeriksaan kekemasan diri murid Oleh Unit Disiplin.
- Pengurusan kelas
- Soal selidik Dan keperluan Murid.
- Slot kerjaya Dan suai kenal bagi meningkatkan kejelekitan Murid melalui Aktiviti kaunseling yang dilaksana Oleh Pn.Zurina bt Zaini, GBKSM SMK Jalan Bukit Bersama PRS tingkatan 4.
- Slot Suara Murid
"1Malaysia Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah
"Bergerak Senada d'Bukit d'Persada"
Comments
Post a Comment