Wednesday, January 23, 2019

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 3

 Selaras dengan keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, pengisian PMD berfokus kepada penetapan target kerjaya melalui tafsiran personaliti berdasarkan IMK2.
 Saringan DASS dan Soal selidik Gaya Daya Tindak turut dilaksanakan sejajar dengan keperluan perkhidmatan yang perlu membuat saringan kepada sekurang-kurang-kurangnya 20% mengikut tingkatan.
 Program yang dilaksana bermula 22 Jan hingga 23 Jan mengikut jadual bertempat di Dewan Ilmu.
 Semoga program ini membantu murid-murid tingkatan 3 agar dapat membuat penyesuaian diri bagi memastikan kejayaan semasa PT3.
Program tahunan anjuran UBK ini moga membawa manfaat kepada semua pihak khususnya demi kepentingan masa hadapan generasi akan datang.


it is not the knowledge which should come to you, it is you should come to the knowledge. 


Bukan ilmu yang seharusnya mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu. – Imam Malik

SEKOLAH BEBAS DADAH
d'Bukit Hebat

Thursday, January 17, 2019

PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AWAL KECEMERLANGAN SPM & PT3

 Program ini dilaksanakan pada 16 Januari 2019 bertempat di Kolej Universiti New Era.  Motivasi tingkatan 5 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
 Sementara Motivasi tingkatan 3 bermula jam 11 pagi hingga 1 tengahari.  Pengisian aktiviti berbentuk kemahiran belajar bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sains.
 Murid-murid didedahkan dengan teknik belajar secara kreatif agar mudah mengingat dan mencari kata kunci.
 Objektif program ini adalah untuk menyuntik semangat juang kepada murid agar berusaha mencapai tahap maksima melalui kaedah belajar yang menyeronokkan. Moga program ini dapat meningkatkan peratus pencapaian SPM & PT3 bagi tahun 2019.

Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Pusat Tuisyen Genius Arena dan Kolej Universiti New Era.
Terima kasih kepada semua PRS dan guru yang membantu bagi memastikan program ini berjalan lancar dan berjaya.
Bergerak Senada dBukit Hebat.

Wednesday, January 16, 2019

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 5

Dilaksana pada 14/1 hingga 15/1 bertempat di Dewan Ilmu anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.  Program ini bertujuan untuk meneroka potensi diri murid melalui pentaksiran psikometrik IKK.
Selain dari Pentaksiran Psikometrik murid dikehendaki menyebut cita-cita masing bagi mewujudkan target.
Penerangan berkaitan sistem meritokrasi dan peluang menyambung pelajaran selepas SPM seperti Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Tingkatan 6.
Bahan-bahan semasa Taklimat UPU turut disampaikan.
Murid-murid menyatakan cita-cita di atas kertas.
Pendedahan dan perbincangan tentang cara pengurusan masa.
Tujuan utama program ini menetapkan target awal bagi menyuntik semangat   juang murid-murid yang bakal mengharungi SPM.
Semoga Murid Tingkatan 5, calon SPM 2019 beroleh kecemerlangan.
'Sekolah Bebas Dadah'

Monday, January 14, 2019

MAJLIS PELANCARAN NILAM TAHUN 2019

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan program galakan membaca yang telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 1999.Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara berterusan sehinggalah murid-murid tamat persekolahan.

Antara objektif program nilam ialah menjadikan murid banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.

Bagi menyahut seruan KPM maka SMK Jalan Bukit telah membuat majlis pelancaran NILAM.

Tarikh    :       14 Januari 2019
Hari       :        Isnin
Masa     :        7.30 - 8.10 pagi (sesi pagi) / 1.30 - 2.00 ptg (sesi petang)
Tempat  :        Dataran Ilmu 

MAJLIS PELANCARAN NILAM SESI PAGI








MAJLIS PELANCARAN NILAM SESI PETANG










MATHEMATICS PROGRAMME WITH MR EDDIE WOO

MATHEMATICS PROGRAMME WITH MR EDDIE WOO

Eddie Woo (born 1985) is an Australian mathematician. Woo is best known for his YouTube channel,focused on explanations of perennial mathematical problems
In 2018, Woo was awarded Australia’s Local Hero.This programme was organised by SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi in cooperate with Ministry of Education and Australian High Commision, Kuala Lumpur. Three teachers ( member's of Mathematics Panel ) and four students from our school were invited to participate in this programme.






Sunday, January 13, 2019

KELAS KILAUAN PERMATA 3 DAN 5 TAHUN 2019


Kelas Kilauan Permata merupakan salah satu program kecemerlangan unit kurikulum yang dijalankan setiap tahun. Objektif utama program ini adalah menyediakan ruang untuk semua murid tingkatan 3 dan 5 mengulangkaji konsep-konsep mata pelajaran yang telah dipelajari, menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan PT3 dan juga SPM. 
Pada tahun ini kelas KP 3 dan 5 akan diadakan pada setiap hari Sabtu minggu ke-2 dan ke-4. Berikut adalah jadual kelas KP 3 dan 5  pada tahun ini. Kerjasama dari ibu bapa amatlah diperlukan bagi menjamin kecemerlangan semua murid tingkatan 3 dan 5 pada tahun ini.

                                                                       SMK JALAN BUKIT                                                                         JADUAL KILAUAN PERMATA  5   



TARIKH              :            12 JANUARI 2019 / SABTU
KEHADIRAN     :            KP3 = 209/296 (70.61%)
                                           KP5 = 244/273 (89.38%)

KELAS-KELAS TINGKATAN 3 (KP3)








KELAS-KELAS TINGKATAN 5 (KP5)